Sunday, 21 July 2013

Sydney Harbour Bridge & Sydney Opera House

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pada suatu hari, saya dan suami mengambil keputusan untuk mengambil gambar di
Sydney Opera House pada awal pagi. Ini kerana waktu itu belum ada atau ramai pengunjung yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar di hadapan ikon terkenal Australia itu.
Usaha kami memang berhasil tetapi yang tidak menyebelahi kami ialah cuaca. Hari hujan serta mendung membuatkan gambar yang diambil kurang memuaskan.


Berjalan kaki dari hotel ke Sydney Opera House dengan menempuhi Circular Quay. Melalui gambar paling atas anda dapat lihat hotel Marriott yang kami menginap (bangunan putih bertulisan merah).

Sydney Harbour Bridge 

Sydney Harbour Bridge ialah jambatan yang menghubungkan pusat bandar/perniagaan Sydney (CBD) dengan North Shore (Pantai Utara). Jambatan ini dibina bermula pada 28hb Julai 1923 dan siap pada 19hb Januari 1932.
Jalan utama di sepanjang jambatan ini dikenali sebagai Lebuhraya Bradfield dengan panjangnya dianggarkan lebih kurang 2.4 kilometer (1.5 batu) dan menjadikan ianya salah satu daripada lebuh raya paling singkat di Australia.






Sydney Opera House
Siapa yang tidak kenal akan ikon negara Australia dan juga terkenal di mata dunia iaitu
Sydney
Opera House. Ia direka oleh arkitek yang berasal dari Denmark bernama
Jørn Utzon.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada tahun 1959 dan telah siap dan dirasmikan pada tahun 1973.


Sydney Opera House telah menjadi tempat berlangsungnya banyak acara kesenian sekaligus merupakan antara pusat seni paling sibuk di dunia dengan menganjurkan lebih 1,500 persembahan setiap tahun yang dihadiri oleh kira-kira 1.2 juta orang.



Sydney Opera House merupakan salah satu tarikan pengunjung yang paling popular di Australia dengan lebih daripada tujuh juta orang melawat setiap tahun, 300,000 daripada mereka mengambil lawatan berpandu (guided tour).

Gambar atas : Di hadapan Sydney Opera House yang bumbungnya berbentuk seperti cengkerang.

Gambar tengah : Pemandangan Sydney Opera House dari arah utara dan dapat dilihat juga bangunan-bangunan tinggi di pusat bandar Sydney.

Gambar bawah : Pemandangan Sydney Opera House pada awal pagi.

Berjalan kaki untuk pulang ke hotel.

Untuk maklumat lanjut anda boleh boleh layari laman sesawang ini, www.sydneyoperahouse.com .

2 comments:

  1. sepanjang saya tinggal di Sydney dulu, mmg tak pernah jemu melepak kat area Circular Quay tu..have a coffee nearby the opera house...and the bridge,mmg magnificent! Cuma saya tak sempat lagi naik atas bridge..hihihi

    ReplyDelete
  2. Daddy Ziyyad : Saya pun dah lama teringin nak naik Sydney Harbour Bridge.Tapi kan,asal datang Sydney je mesti plan lari. Hehhe, insyaAllah nak naik juga satu hari nanti. :)

    ReplyDelete