Tuesday 23 July 2013

Selamat Tinggal Sydney Monorail

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada 30hb Jun yang lalu, Sydney Monorail telah menamatkan operasinya setelah 25 tahun memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan pelancong asing. 
Sydney Monorail atau nama sebelumnya ialah TNT Harbourlink dan kemudian Metro Monorail telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Julai 1988. 
Panjang keseluruhan rel ini ialah 3.6 kilometer dengan empat kereta api yang beroperasi secara serentak. 


Peta Sydney Monorail.

Gambar atas : Monorel yang ditulis "Last Chance Farewell Sydney 30.06.2012".

Gambar tengah dan bawah : Di stesen City Centre
.

Membeli tiket di stesen City Centre.

Kami membeli tiket "Day Pass", iaitu tiket yang sah digunakan tanpa had dalam tempoh satu hari.

Berhenti dan turun di stesen Darling Park, iaitu stesen yang berdekatan dengan Darling Harbour.

Sementara menuggu monorel yang lain sampai, saya sempat mengambil gambar pemandangan Darling Harbour.

Saya juga ada membeli syiling dan pelekat peti sejuk "Farewell Sydney Monorail".

Meneruskan perjalanan.

Antara stesen yang sempat saya rakamkan gambar sementara monorel berhenti ialah Harbourside, Convention dan Paddy's Market.

Cukup satu pusingan, kami turun semula di stesen City Centre. Corak gambar poster "Farewell Monorail Sydney" adalah sama seperti pelekat peti sejuk yang saya beli cuma warnanya sahaja berbeza.

Gambar terakhir saya bersama Sydney Monorail.

Selamat Tinggal Sydney Monorail.

Bagi yang pernah atau kerap menggunakan perkhidmatan Sydney Monorail selama ini, saya pasti sedikit sebanyak tentu mereka merasa sedih di atas 'pemergian' Sydney Monorail. Semuanya sekarang hanya tinggal kenangan.

No comments:

Post a Comment