Monday 15 July 2013

Madame Tussauds Di Sydney, AUSTRALIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lebih kurang satu minggu selepas saya berkunjung ke Madame Tussauds Hong Kong, saya berkunjung pula ke Madame Tussauds Sydney yang terletak di Darling Harbour, Sydney, Australia.
Hampir 95% gambar yang saya kongsikan di bawah ini telah saya susun mengikut turutan dari pintu masuk hingga ke pintu keluar muzium.

Pengalaman berkunjung ke tiga buah muzium Madame Tussauds sebelum ini (Las Vegas, Hong Kong dan Sydney) membolehkan saya melihat perbezaan dan keistimewaan yang tersendiri. Jujur saya katakan, saya suka dengan konsep yang diketengah oleh Madame Tussauds Sydney yang lain daripada yang lain di mana patung Orang Asli Australia, Trugernanner diletakkan di awal pintu masuk selepas Layne Beachley.
Diikuti dengan sejarahwan, bekas Perdana Menteri Australia, pemimpin - pemimpin dunia, ahli - ahli sukan yang berasal dari Australia dan berakhir dengan artis, selebriti tempatan dan antarabangsa  yang lahir dan dibesarkan di Australia seperti seperti Nicole Kidman, Hugh Jackman & Kylie Minogue.

Ia jelas berbeza dengan Madame Tussauds Las Vegas dan Hong Kong yang lebih memfokus dan mengutamakan patung artis dan selebriti untuk diletakkan di bahagian depan pintu masuk.
Di samping itu, Madame Tussauds Sydney memberi peluang kepada pengunjung khususnya kanak - kanak untuk mencuba kuiz yang telah disediakan.


Gambar atas : Kaunter tiket.

Gambar bawah : Patung lilin pelakon Leonardo DiCaprio diletakkan di luar pintu masuk.

1 : Pengunjung diberi amaran supaya peka terhadapan patung atau nama mereka yang telah meninggal dunia yang boleh menyebabkan kesedihan dan sensitiviti bagi kaum Orang Asli dan penduduk Torres Strait Islander.

2 :
Trugernanner -  Seorang wanita yang secara meluas dianggap sebagai Orang Asli Tasmania yang berdarah penuh yang hidup dan mati di atas tanah air sendiri (Tasmania).

3: Ned Kelly - Perompak dan penjenayah yang terkenal dengan berpakaian perisai logam dan bertopi keledar sekaligus menjadikan beliau seorang ikon sejarah Australia.

4 :
Admiral Arthur Philip adalah Gabenor pertama di New South Wales dan pengasas penyelesaian yang menjadi Sydney.

5 : Captain James Cook adalah adalah seorang peneroka British, navigator, pelukis, dan Kapten dalam Tentera Laut Diraja.

6 : Sir Henry Parkes - Negarawan dan ahli politik yang dianggap sebagai Bapa Persekutuan Australia.

7 :
Sir Edward Charles Kingsford Smith merupakan seorang juruterbang Australia awal. Pada tahun 1928, beliau memperoleh kemasyhuran global apabila membuat penerbangan pertama trans-Pasifik dari Amerika Syarikat ke Australia. Beliau juga membuat lintasan tanpa henti pertama tanah besar Australia, penerbangan pertama antara Australia dan New Zealand dan yang pertama ke arah timur Pasifik lintasan dari Australia ke Amerika Syarikat. Beliau juga membuat penerbangan dari Australia ke London, menetapkan rekod baru sebanyak 10.5 hari.

8 : Bekas Perdana Menteri Australia yang ke-23 dan ke-25 iaitu Bob Hawke (kanan) dan John Howard (kiri).

9 : Kuiz mengenai pemimpin dunia.

10 : Sir Edward Charles Kingsford Smith.

11 : Mary MacKillop.

12 : Mahatma Gandhi.

13 :
Hu Jintao - Bekas Presiden Republik Rakyat China (PRC).

14 : Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

15 : Dalai Lama.

16 : Bekas Perdana Menteri Australia yang ke-27 iaitu Julia Gillard.

17 : Queen Elizabeth II.

18 : Cathy Freeman - Olimpian dan pelari pecut dari Australia yang merangkul banyak pingat di dalam Sukan Olimpik, Komanwel dan Kejohanan Dunia.

19 : Ian Thorpe merupakan perenang Australia yang banyak memenangi pingat semasa Sukan Olimpik sekaligus memecahkan banyak rekod dunia.

20 : Pemandu Formula Satu (F1), Mark Webber yang berasal dari Australia.

21 : Saya berpeluang untuk masuk ke dalam kereta F1.

22 : Dawn Fraser - Perenang Australia yang sudah pun berumur 75 tahun ini pernah merangkul banyak pingat emas semasa Sukan Olimpik dan Komanwel.

23: Rod Laver - Bekas pemain tenis yang pernah memegang banyak kejohanan antarabangsa dan menjadi pemain nombor 1 dunia sebanyak 7 tahun berturut - turut.

24 : Lleyton Hewitt -  Pemain tenis Australia dan bekas pemain nombor satu dunia

25 :
Donald Bradman - Bekas pemain kriket lagenda Australia.

26 : Shane Warne - Bekas pemain kriket Australia.

27 : Greg Norman
- Pemain golf profesional Australia dan pernah memiliki tahkta pemain nombor satu dunia.


28 & 29 : Pelakon Olivia Newton John yang popular semasa berlakon di dalam filem Grease.

30 : Penanyi Justin Bieber.

31 : Penyanyi atau Ratu Pop yang berasal dari Melbourne Australia iaitu Kylie Minogue.

32 : Michael Jackson.

33 : Michael Hutchence - Pemuzik, pelakon dan bekas penyanyi kumpulan rock Australia, INXS.

34 : Penyanyi Keith Urban yang juga suami kepada pelakon Nicole Kidman.

35 : Penyanyi rock Australia iaitu Jimmy Barnes.

         36 : Eddie Mabo - Pemuda dari Kepulauan Selat Torres dikenali kerana peranannya dalam berkempen untuk hak tanah Orang Asli di Australia
 

37 : (Kiri) - Penulis dan penyair Australia Henry Lawson (kiri) dan  Banjo Paterson (kanan).

38 : Kuiz mengenai Aboriginal.

39 : Albert Einstein.

40 & 41 : Anna Maria "Marie" Tussaud (Madame Tussaud) ialah pengasas muzium patung lilin iaitu Madame Tussauds dan yang pertama dibuka di London.

42 : Rangka atau struktur asas yang penting bagi membolehkan patung liling berdiri tegak.

43 : Contoh bahagian kepala yang baru siap dibentuk.

44 : Madame Tussaud yang berasal dari Perancis.

45 : Patung Dannii Minogue.

46 : Separuh kepala patung Dannii Minogue yang sudah siap dipasangkan rambutnya.

47 : Tapak tangan pelakon dan selebriti terkenal antaranya ialah Michael Jackson, penanyi Delta Goodrem, Dannii Minogue, pemandu F1 Mark Webber dan peragawati Miranda Kerr.

48 & 49 : Dr Victor Chang ialah seorang doktor pakar bedah Australia. Pasukan Dr Chang mempunyai kadar kejayaan yang tinggi dalam melaksanakan pemindahan jantung dan beliau mempelopori pembangunan injap jantung tiruan.

50 : Frederick "Fred" Hollows Cossom adalah pakar mata kelahiran New Zealand dan berhijrah ke Australia semasa berumur 36 tahun. Beliau menjadi terkenal kerana kepakarannya dalam mengembalikan penglihatan beribu-ribu orang di Australia dan di negara lain. Dianggarkan lebih daripada satu juta orang di dunia boleh melihat hari ini adalah kerana inisiatif dan kepakaran Hollows.


51 : Latar belakang atau hiasan di belakang patung Dr Victor Chang.

52 : Pelakon komedi, produser dan penyampai televisyen terkenal Australia iaitu Rove McManus.


53 : Pengacara dan hos program bual bicara terkenal Oprah Winfrey.

54 : Penyampai televisyen dan radio Australia Amanda Keller dan Bert Newton.

55 : Graham Kennedy adalah seorang penghibur dan pelakon filem pelakon Australia. Beliau adalah bintang yang paling banyak menerima anugerah televisyen Australia dan dikenali sebagai Raja Televisyen Australia.
 

56 : Rolf Harris yang berasal dari Perth, Australia Barat merupakan seorang adalah seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, komposer, pelukis dan personaliti televisyen.

57 : Dame Edna Everage adalah watak yang dicipta dan dilakonkan oleh pelakon dan pelawak Australia iaitu John Barry Humphries

58 : Ian Smith adalah seorang pelakon Australia dan penulis skrip televisyen. Beliau terkenal melalui wataknya sebagai Harold Bishop yang juga pemilik kedai kopi di dalam drama bersiri Neighbours.

59 : Saya duduk di tepi meja yang sepatutnya diletakkan patung lilin pelakon Audrey Hepburn.

60 : Pengarah dan produser filem Sir Alfred Joseph Hitchcock.



61 & 62 : Pelakon, penyanyi dan peragawati terkenal Amerika Syarikat iaitu Marilyn Monroe.

63 : Pelakon Australia, Guy Pearce sebagai drag queen 'Felicia Jolly Goodfellow' dari The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert
.

64 : Pelakon Australia yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu Toni Collette.

65 : Pelakon yang berasal dari Melbourne Australia iaitu Eric Bana.

66 : Jackie Chan.

67 : Paul Hogan -  Pelakon filem Crocodile Dundee.

68 : Watak dalam filem E.T the Extra Terrestrial.

69 : Watak Iron Man.

70 :
Pelakon yang berasal dari Perth Australia Barat iaitu mendiang Heath Ledger (popular melalui filem Brokeback Mountain dan The Dark Knight).
 

71 : Pelakon terkenal Hollywood yang berasal dari Australia iaitu Hugh Jackman.

72 : Mel Gibson - Pakaian dan motosikal ini sama seperti di dalam filem The Road Warrior (1981), iaitu filem keluaran Australia dan pengambaran turut dijalankan di Australia juga.

73 : Penyanyi Rihanna.

74 : Penyanyi Beyonce.

  75 : Penyanyi Lady Gaga.

        76 : Penyanyi Britney Spears.

77 : Peragawati / supermodel terkenal yang berasal dari Sydney Australia iaitu Elle MacPherson.

78 : Penyanyi Dannii Minogue.

79 : Pelakon terkenal Australia yang terkenal di mata dunia iaitu Nicole Kidman.

80 : Penyanyi Australia, Delta Goodrem.

81 : Pelakon terkenal kelahiran Melbourne Australia iaitu Cate Blanchett yang popular melalui filem Lord Of The Rings.

82 : Peragawati / supermodel terkenal Miranda Kerr yang berasal dari Sydney Australia.
83 : Pelakon dan penyanyi Hong Kong, Andy Lau Tak Wah.

84 : Pelakon Johnny Depp.

85 : Pelakon dan pasangan kekasih Brad Pitt dan Angelina Jolie.

86 : Slim Dusty - Penyanyi lagenda Australia yang juga penulis lirik dan produser.

87 : Ray Meagher - Pelakon Veteran Australia yang popular memegang watak Alf Steward di dalam drama bersiri Home And Away.

Gambar kenangan 'meluncur' bersama Layne Beachley. Beliau adalah bekas peluncur profesional (surfer) dari Manly, New South Wales dan pernah memenangi Kejohanan Dunia sebanyak tujuh kali. Gambar dan buku (seperti gambar di atas) dikenakan bayaran berasingan dari tiket masuk.

Turut ada di dalam gambar di atas ialah baju-t dan pelekat peti sejuk (fridge magnet) yang di beli di Hard Rock Cafe.

Saya tidak bergambar dengan patung Presiden Barack Obama (dikenakan bayaran berasingan dengan tiket masuk) kerana saya telah pun bergambar dengan 'beliau' semasa berkunjung di Madame Tussauds di Las Vegas.

MADAME TUSSAUDS SYDNEY

Aquarium Wharf, (bersebelahan dengan SEA LIFE Sydney Aquarium), 
Darling Harbour, Sydney, 
NSW 2000

www.madametussauds.com/Sydney

Lawatan saya ke Madame Tussauds Las Vegas
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/madame-tussauds-di-las-vegas.html
Lawatan saya ke Madame Tussauds Hong Kong
http://sharery.blogspot.com.au/2013/06/madame-tussauds-hong-kong.html

No comments:

Post a Comment