Kemana sahaja saya pergi tidak kiralah semasa dalam tempoh percutian, melancong atau mengikut suami yang sedang bertugas, saya memang minat mengambil gambar hotel yang kami menginap. Tetapi jika kami tiba di hotel agak lewat dan keletihan maka saya batalkan hasrat untuk mengambil gambar.
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Las Vegas merupakan bandar yang paling kerap saya dan suami kunjungi dan kami suka bertukar-tukar hotel tidak kiralah Hilton atau Marriott (kerana suami merupakan pemegang kad keahlian untuk hotel-hotel tersebut). Pada kali ini saya berkongsi beberapa gambar semasa kami menginap di Hilton Grand Vacations Suites-Las Vegas (Convention Center).
Hilton Grand Vacations Suites - Las Vegas (Convention Center) yang beralamat di 455 Karen Avenue, Las Vegas, Nevada, 89109, USA. |
Kolam renang milik hotel yang dapat dilihat dari tingkat atas. |
Bilik hotel. |
Gambar yang dirakamkan sebaik tiba dan selesai dengan urusan daftar masuk. |
Untuk carian hotel-hotel lain milik Hilton, anda boleh layari ke laman sesawangnya seperti di bawah.
www.hilton.com
No comments:
Post a Comment