Monday, 9 September 2013

The Islamic Center Of New Mexico

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pemanduan mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke masjid ini (The Islamic Center Of New Mexico) dari tempat suami saya bertugas (ketika bertugas luar dari Chicago).
Kami datang ke Albuquerque beberapa kali semata-mata untuk menikmati makanan halal dan suami berpeluang menunaikan solat Jumaat di sini. Ketika pertama kali datang ke sini saya agak terkejut kerana tidak menyangka walaupun negeri yang peratusan penduduknya ialah mereka dari kaum atau keturunan Native American / American Indian (kaum asli Amerika), tetapi ramai juga umat Islam dari pelbagai bangsa dan kaum ramai yang menetap di negeri ini.
Semasa suami berada di dalam masjid, saudara sesama Islam yang berketurunan Native American / American Indian turut sama menunaikan solat.

 The Islamic Center Of  New Mexico
1100 Yale Blvd. SE, 

Albuquerque,
NEW MEXICO 87106


www.icnm-abq.org








Untuk maklumat anda, The Islamic Center Of  New Mexico bukanlah satu sahaja masjid yang terdapat di negeri New Mexico. Terdapat beberapa buah lagi masjid yang lain di mana kami tidak berkesempatan untuk mengunjunginya.

No comments:

Post a Comment