Sunday 1 September 2013

Pemanduan Dari New Mexico Ke Nevada

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya membawa anda para pembaca mengikuti salah satu perjalanan saya (road trip) dari Farmington, New Mexico ke Las Vegas, Nevada.
Jangka masa yang diambil untuk perjalanan ini ialah lebih kurang 8jam dan 9minit tanpa henti dan bersamaan dengan 507 batu (815.94 km). Bagi saya dan suami pula, kami berhenti beberapa kali untuk berehat dan makan tengah hari.
Peta perjalanan dari Farmington ke Las Vegas. Laluan pada kali ini agak unik kerana di sepanjang perjalanan ini, kami perlu keluar dan masuk beberapa kali ke negeri Arizona dan Utah (lihat sahaja jalan yang bengkang-bengkok seperti di atas) sebelum masuk ke negeri Nevada.
Gambar-gambar di bawah ini telah saya susun mengikut turutan yang betul untuk memberi penghayatan kepada anda sekaligus anda seolah-olah turut sama mengikuti perjalanan saya. Cuaca panas lagi terik telah membantu saya untuk merakamkan gambar dengan lebih mudah dan pemandangan lebih jelas untuk dilihat.
Di sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari 8jam ini, kami hanya menempuh beberapa buah kampung serta pekan kecil sebelum tiba di Las Vegas. Mungkin ada di antara anda yang akan berkata, "sama sahaja gambarnya". Walaupun gambar-gambar di bawah ini majoritinya ialah gunung ganang berbatu, tetapi percayalah pemandangan dan suasana ini lebih indah dan terpesona apabila melihat dengan mata kasar sendiri.
Gambar bawah : Hampir sampai ke pekan kecil yang diberi nama Page.

Populasi penduduk di Page yang dikira sehingga tahun 2010 ialah seramai 7247 orang.

Gambar atas dan dua dari atas : Glen Canyon.
Gambar dua dari bawah dan paling bawah : Memasuki negeri Utah.

Pemanduan merentasi celahan gunung-ganang di lebuhraya I -15.

Walaupun sekadar gunung berbatu, tetapi apabila melihat dari arah dekat, pemandangannya sungguh cantik sekali. Mujur pada hari tersebut cuaca amat baik. Jika hari hujan atau bersalji, pemanduan di sini pasti amat mencabar.

Gambar satu dan dua dari atas : Memasuki garisan sempadan negeri Nevada.
Gambar bawah : Las Vegas sudah kelihatan dari jauh.

Menara Stratosphere terletak di Las Vegas Boulevard.


No comments:

Post a Comment