Sunday 15 September 2013

Masjid E Noor Di Chicago, ILLINOIS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masjid-e-Noor
6151 North Greenview Avenue,
Chicago,

ILLINOIS 60660



Gambar di atas merupakan salah sebuah masjid yang terdapat di Chicago. Melalui sumber The Council Of Islamic Organizations Of Greater Chicago, terdapat hampir 50 buah masjid dan pusat-pusat masyarakat Islam (Islamic Community Center) di Chicago serta jumlah keseluruhan hampir 100 di seluruh negeri Illinois.

Masjid atau pusat-pusat masyarakat Islam di dalam Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam membangunkan identiti dan sosial untuk umat Islam. Kebanyakan masjid di negara ini dipenuhi dengan pelbagai acara dan aktiviti untuk kanak-kanak dan keluarga setiap hujung minggu.

No comments:

Post a Comment