Wednesday, 25 September 2013

Admirals Club Lounge (American Airlines) Di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Admirals Club Lounge mempunyai banyak rangkaian di serata Lapangan Terbang di Amerika Syarikat dan juga di Lapangan Terbang seluruh dunia.
Mereka yang dibenarkan untuk masuk ke dalam Admirals Club Lounge adalah terdiri daripada para penumpang yang menjadi ahli Admirals Club, ahli AAirpass, penumpang American Airlines kelas pertama dan perniagaan serta penumpang dari penerbangan yang menyertai OneWorld yang layak sahaja.





Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan demi untuk kegunaan para tetamu seperti contoh internet tanpa wayar (wifi) percuma, bilik mesyuarat, hidangan ringan percuma serta berbayar dan banyak lagi.
Pada waktu itu saya dan suami kesuntukan masa tetapi sempat juga menggunakan bilik mandi yang turut disediakan secara percuma.

Admirals Club Lounge seperti gambar di atas terletak di Terminal Antarabangsa Tom Bradley di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.



No comments:

Post a Comment