Monday 16 September 2013

Senarai Masjid-Masjid Di Las Vegas, NEVADA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya pasti ramai para pembaca yang terkejut apabila membaca tajuk di atas. Umum sedia maklum bahawa terkenalnya Las Vegas di mata dunia adalah kerana pusat perjudian serta hiburan dan digelarkan juga sebagai 'Sin City' (Bandar Dosa).
Walau di mana pun kita berada atau di mana sahaja kaki kita berpijak, bumi ini tetap milik Allah s.w.t. Umat Islam berada di serata pelusuk dunia termasuklah di Las Vegas, Nevada.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Las Vegas merupakan salah sebuah bandar di Amerika Syarikat yang paling saya gemari. Saya mempunyai beberapa faktor mengapa saya menyukai Las Vegas dan salah satunya ialah kerana terdapat beberapa buah masjid dan restoran halal.

Di bawah ini saya senaraikan masjid-masjid yang terletak di Las Vegas.

Islamic Information Center / Masjid Al Noor
1610 E Russell Road,
Las Vegas,
NEVADA 89119


Jamia Masjid
4730 East Desert Inn Rd,
Las Vegas,
NEVADA 89126
 

Omar Haikal Islamic Academy
485 East Eldorado Lane,
Las Vegas,
NEVADA 89123


Masjid As-Sabur 
711 Morgan St,
Las Vegas, 

NEVADA 89146 

Masjid Tawheed.
6180 W. Viking Rd,
Las Vegas,
NEVADA 89103
 


Masjid Ibrahim
3799 South Edwards,
Las Vegas, 

NEVADA 89108

Islamic Information Center / Masjid Al Noor merupakan masjid yang menjadi pilihan suami saya untuk menunaikan solat kerana lokasinya yang strategik dan paling dekat dengan hotel kami menginap. Jika memandu dari Las Vegas Strip atau hotel kami, ia hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja (bergantung kepada lalauan trafik).



Suami saya sempat merakamkan gambar suasana di Masjid Al-Noor sebelum bermulanya solat Jumaat pada 1 Ramadan pada tahun lalu.




InsyaAllah di masa akan datang saya akan senaraikan beberapa restoran halal di Las Vegas dan yang mana satu restoran kegemaran saya dan suami.

2 comments:

  1. Salam,boleh saya dapatkan emel address awak.saya da suami akan ke states bln depan.Mungkin boleh minta tips dan suggestion dari awak.pertama kali membaca travelog awak sgt2 menarik dan membantu.saya boleh di hubungi melalui emel sitiaisyah.affendilee@gmail.com.Semoga Allah membalas kebaikan awak.

    ReplyDelete
  2. Siti Aisyah : Walaikumsalam. Terima kasih, saya memberi info sekadar yang saya mampu dan ikhlas untuk para pemabaca. ok, nanti saya akan email ya.

    ReplyDelete