Thursday 1 May 2014

Membeli Garrett Popcorn Di Bandar Kelahirannya Iaitu Chicago

Assalamualiakum w.h.t dan Salam Sejahtera

Meskipun Garrett Popcorn Shops® (kedai bertih jagung) terdapat cawangannya di serata dunia. Tetapi suka dikongsikan di sini bahawa pertama kali saya membeli Garrett Popcorn ialah di bandar asal kelahirannya iaitu di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

Cawangan pertama dibuka di 10 West Madison Street pada tahun 1949. Cawangan yang biasa saya pergi pula ialah di North Michigan Avenue di mana ia terletak berdekatan dengan tempat tinggal saya. Melihat para pembeli beratur panjang sehingga ke luar kedai tidak kira musim sejuk atau panas adalah perkara biasa di sini.




Tong yang mempunyai pelbagai saiz ini dijual berasingan dengan popcorn.

Pelbagai corak dan saiz tong popcorn dijual di sini. Saya memilih untuk membeli tong yang mempunyai gambar pemandangan bandar Chciago.







2 comments:

  1. pernah makan sekali.. rasanya kt KLCC ada.. sebelah toy r us.. sedap! suka yang caramel! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek : Ha ah caramel mmg favourite acu. Cheese pun sedap rasa mcm makan Twisties. Hihih

      Delete