Tuesday 21 October 2014

Majlis Perkahwinan Tradisional Melayu Di Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada anda yang belum pernah melihat majlis perkahwinan tradisional Melayu di luar Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei di sini saya kongsikan beberapa gambar yang dirakamkan semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada suami saya iaitu Sadiyah serta pasangannya, Masri di Balcatta, Australia Barat pada bulan April yang lalu.

Pernikahan bagi pasangan pengantin ini telah berlangsung pada 10 April di Masjid Al Majid, Padbury dua hari sebelum majlis persandingan. Padbury terletak lebih kurang 21km dari pusat bandar Perth.

Gambar atas : Akad nikah dijalankan.

Gambar bawah : Upacara membatalkan air sembahyang.

Masri menyarungkan cincin di jari Sadiyah.

Selesai majlis pernikahan, pasangan pengantin bergambar bersama keluarga Sadiyah.

Bergambar bersama suami, abang ipar, serta pasangan sepupu sebelum menuju ke Vasto Club di Balcatta.

Gula-gula di dalam botol untuk para tetamu sebagai tanda terima kasih dari pengantin.

Gambar atas : Makanan dihidangkan secara buffet dan mejanya diletakkan di dua bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan pintu masuk.

Gambar : Bersama salah seorang sepupu suami.

Gambar atas : Ketibaan pengantin lelaki bersama keluarga dan diapit oleh ibunya turut diiringi dengan paluan kompang yang dipalu oleh sekumpulan anak muda tempatan.

Gambar bawah : Lelaki paling kiri berbaju ungu ialah bapa pengantin lelaki.


Jika diperhatikan pada kedua-dua gambar ini, anda dapat lihat kain ela berwarna-warni dibentangkan panjang dari pintu masuk hingga ke hadapan pelamin. Ia mengikut dari adat perkahwinan tradisi masyarakat Melayu Pulau Cocos. Kain ela, gula-gula serta wang diberi sebagai tanda saguhati kepada tetamu. Dalam erti kata lain, 'siapa cepat dia dapat'.
Makcik ini yang sedang menaburkan wang.

'Membayar tol' sebelum bersanding.

Pasangan pengantin yang cantik, manis dan segak bergaya.

Keluarga kakak pengantin perempuan yang menetap di Melbourne turut naik ke pelamin untuk bergambar.

Keluarga pengantin lelaki.

Saya, suami dan abang ipar turut mengambil kesempatan bergambar dengan Sadiyah dan Masri.


Saya dan suami berdiri di sebelah bapa pengantin perempuan iaitu Encik Abdul Gani iaitu bapa saudara sulung suami saya. Beliau berasal dari Singapura tetapi sudah bermaustatin di Pulau Krismas seterusnya di Perth, Australia Barat lebih dari 40 tahun yang lalu.

Gambar atas : Sadiyah dan Masri dikelilingi oleh sepupu-sepupu dari Australia dan Singapura. Berdiri dua dari kiri ialah Nora iaitu sepupu merangkap juru andam yang terbang dari Singapura bersama jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan ini.
Wanita di sebelah Masri ialah Puan Kamariah iaitu ibu kepada Sadiyah.
Gambar atas : Bersama ibu saudara dari Singapura dan Australia.

Gambar bawah : Suami bersama abang, sepupu dan bapa saudara beliau.

Gambar atas : Bergambar dengan ibu-ibu saudara pengantin lelaki. Duduk di sebelah kiri saya ialah Hajah Juti yang juga ibu angkat kepada suami saya. Hajah Juti dan keluarga turut datang ke majlis perkahwinan saya di Ipoh, Perak pada lima tahun yang lalu.


Gambar bawah : Suami bersama sepupu-sepupu serta rakan-rakan dari Perth yang beliau kenali sejak dari beliau kecil lagi.

Walaupun entri ini sedikit lewat, tetapi saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah untuk Sadiyah dan Masri. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment