Friday 10 October 2014

Tip Melancong - Mengenali Nama Tempat Yang Dilawati

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dari semasa ke semasa saya akan berkongsi tip melancong kepada para pembaca. Entri pada kali ini datang secara spontan dari fikiran saya.


Tip Melancong
Sudah banyak kali saya melihat gambar-gambar di Instagram di mana pelancong yang datang bercuti ke luar negara khususnya Australia telah memberikan maklumat yang tidak tepat. Jika hendak dihuraikan memang banyak tetapi saya hanya ingin mengambil satu contoh sahaja iaitu kesalahan meletakkan nama tempat, nama jalan, serta pin dan peta di dalam sesuatu gambar tersebut. 

Saya berani berkata begini kerana saya sudah pergi berkali-kali ke tempat tarikan pelancong yang mereka lawati di bandar-bandar besar di Australia itu. Malah saya tahu setiap nama jalan di pusat bandar Perth dan Melbourne dan selok belok kawasan sekitarnya. Barangkali mungkin ada yang belum tahu bahawa saya pernah tinggal di pusat bandar Melbourne selama dua tahun dan selebihnya di Perth serta Amerika Syarikat.


Apa yang boleh dipelajari (termasuk diri saya) ialah supaya pada masa akan datang kita lebih berhati-hati di dalam memberikan maklumat agar tidak memalukan diri dengan memberi maklumat yang salah walaupun hakikatnya kita sudah menjejakkan kaki ke tempat tersebut lebih dari sekali.


Gambar ini saya rakamkan di Eucla, Australia Barat. Ia terletak lebih kurang 12 kilometer dari pusat pemeriksaan kuarantin dan sempadan negeri Australia Barat dan Australia Selatan.


No comments:

Post a Comment