Thursday 12 January 2017

Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, Kanada

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum saya menyiarkan lebih banyak entri mengenai Kanada, ingin saya beritahu kepada anda salah satu fakta mengenai negara ini yang saya pasti masih ramai belum mengetahuinya. Kanada mempunyai dua bahasa rasmi iaitu Inggeris dan Perancis. Untuk mengelakkan pembaca dari keliru dan tertanya-tanya di dalam entri yang akan datang, maka entri kali ini saya mulakan dengan berkongsi gambar-gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver di mana anda dapat lihat penggunaan kedua bahasa rasmi sangat meluas terutama sekali di papan-papan tanda dan pengumuman di lapangan terbang. Selain daripada itu, saya berharap melalui entri ini ia dapat memberi rujukan dan gambaran jelas kepada mereka yang mungkin akan bercuti ke Vancouver.

Jalan darat, laut dan udara ialah tiga cara untuk mengembara. Justeru itu 'Land, Sea, Air' ialah tema disebalik seni bina (yang banyak memenangi anugerah) bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Setiap aspek kesenian yang ditonjolkan melalui seni bina dan dekorasi dalaman tersebut turut mempersembahkan daerah British Columbia itu sendiri seperti contoh gambar di atas. Untuk maklumat anda, di Kanada tidak mempunyai negeri sebaliknya mempunyai 10 buah daerah dan 3 wilayah.

Gambar-gambar dan video di bawah dirakamkan pada waktu dan musim yang berbeza dan saya bahagikan secara tersusun kepada dua bahagian iaitu balai ketibaan dan berlepas.

Ketibaan Antarabangsa














Video : Menuruni tangga menuju ke bahagian imigresen (Canada Border Services Agency) untuk pemeriksaan pasport.














Berlepas ke Amerika Syarikat / Antarabangsa

























Video : Pengumuman di dalam terminal yang dibuat di dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
Kesemua syarikat penerbangan di Kanada turut meggunakan dua bahasa di dalam penerbangan masing-masing.













Arca seberat 4,900 kilogram ini telah diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada tahun 1996. Ia merupakan salah satu arca terkenal di Kanada. 



Video : Terminal perlepasan antarabangsa selepas pemeriksaan pasport dan keselamatan.



Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver di www.yvr.ca

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment