Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejatera
Kunjungan ke Seattle tidak akan lengkap sekiranya pelancong tidak mengunjungi pasar terkenal iaitu Pike Place Market. Salah satu faktor yang membuatkan pasar ini menjadi ikon kepada bandar Seattle ialah kerana usianya sudah mencecah 110 tahun.
Kedatangan saya dan suami ke Pike Place Market bukanlah yang pertama atau kedua kali tetapi lebih dari itu malah sebelum ini saya juga pernah menyiarkan entri mengenainya.
Pike Place Market bukan sahaja menjual barang basah dan kering, malah cenderahati dan juga mempunyai kafe serta restoran. Gambar-gambar dan video yang saya kongsikan di bawah ini dirakamkan pada hari berbeza. Saya melihat pada 30 Disember ialah hari paling sesak dengan pengunjung, 31 Disember sedikit berkurangan dan 1 Januari paling sunyi kerana banyak gerai jualan tutup sempena cuti umum (tidak semua). Saya tidak merakamkan gambar gerai-gerai yang menjual cenderahati dan kraftangan kerana menghormati kehendak para penjual yang melarang pengunjung mengambil gambar.
|
Gambar Pike Place Market pada waktu tengah hari semasa musim sejuk. |
Video 1 : Pemandangan Pike Place Market dan kedai Starbucks pertama dunia yang saya rakamkan dari dalam kereta.
|
Ikan salmon yang sudah diperap. |
|
Pure Food Fish Market. |
|
'Geram' melihat makanan laut yang dijual segar. |
|
Ikan salmon. |
|
Pure Food Fish Market. |
|
Udang yang sudah dibuang kulit. |
|
Ketam pelbagai saiz. |
Video 2 : Pemandangan di dalam pasar termasuk dua buah pasar ikan. Pasar ikan pertama di awal video ialah Pure Food Fish Market (tujuh gambar saya kongsikan di bahagian atas) manakala di akhir video ialah Pike Place Fish Market.
|
Pike Place Fish Market terkenal dengan pertunjukan 'ikan terbang'. |
Video 3 : Kebiasaannya ikan yang dibeli oleh pelanggan akan dibaling oleh penjual ikan dan disambut oleh rakannya di satu sudut yang lain untuk proses pembungkusan. Sedikit berbeza dengan video di bawah di mana pelanggan itu sendiri yang menyambut ikan dari tempat pembungkusan. Ia adalah satu bentuk hiburan kepada pengunjung termasuk saya sendiri walaupun sudah banyak kali menyaksikannya. Ramai selebriti terkenal yang pernah datang ke sini dan bergambar dengan penjual ikan termasuk bekas pemain bola sepak antarabangsa David Beckham.
Pelanggan juga boleh membeli makanan laut di laman sesawang pasar ikan masing-masing;
https://www.pikeplacefish.com/
http://www.freshseafood.com/
|
Kedai Starbucks pertama di dunia terletak berhadapan dengan Pike Place Market. |
|
Hari sudah semakin gelap walaupun jam baharu menunjukkan pukul 3:50 pteang. Musim sejuk membuatkan hari siang semakin pendek. |
|
Starbucks pertama di dunia pada waktu malam. |
|
Pelanggan semakin berkurangan pada waktu malam. |
|
Warna emas lebih menyerlahkan lagi penanda ini. |
|
Pike Place Market pada waktu malam. |
|
Pike Place Market pada waktu malam. |
Untuk maklumat lanjut mengenai Pike Place Market, sila lawati laman sesawang di
http://pikeplacemarket.org/
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment