Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Dua hari lalu iaitu pada 7hb Januari, genap tujuh tahun usia laman blog saya (www.sharery.blogspot.com). Bermula dengan berkongsi cerita tentang kehidupan saya setelah berumahtangga dan berhijrah ke Australia untuk keluarga dan teman rapat, lama kelamaan ia bertukar menjadi blog kembara. Dengan niat yang ikhlas berserta minat di dalam bidang penulisan dan fotografi, blog saya berjaya menarik perhatian dan diketengahkan di dalam beberapa surat khabar. Sejak dari awal lagi, saya tidak pernah meletakkan sasaran jumlah pengikut dan pembaca tetapi keputusannya amat mengejutkan apatah lagi mereka tinggal di pelbagai negara. Lebih terharu apabila sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya sudah melihat beberapa pengembara muda yang melakukan kembara berkereta 'roadtrip' di Amerika Syarikat dengan berpandukan tips dan laluan yang sama yang pernah saya dan suami lalukan sebelum ini. Termasuk yang terbaharu pemuda dari Malaysia yang telah melakukan kembara di Amerika Syarikat selama dua minggu dan menggunakan blog saya sebagai rujukan.
Bukan mudah untuk memberikan komitmen 100% terhadapan dunia penulisan dan fotografi. Malah kejayaan tidak datang bergolek tanpa ada rintangan dan halangan. Setiap hari saya masih lagi belajar untuk memberikan yang terbaik kepada para pembaca. Saya tidak akan berhenti mengucapkan bahawa kalian semua adalah kekuatan bagi saya untuk terus berada di dalam bidang ini.
Salam ziarah & follow sis..
ReplyDeleteSelamat ulangtahun blog sis..semoga kekal berblog selamanya... ;)
Terima kasih Cik Juls :)
Deleteselamat ulang tahun terjemahan hati!!keep inspiring us shery!!:-)
ReplyDeleteTerima kasih Lean :)
Delete