Tuesday, 18 December 2018

Hari Raya Haji 2018 Di Kanada Dan Amerika Syarikat

Sebenarnya saya sudah lupa bila kali terakhir menyambut Hari Raya Haji bersama suami. Tahun ini kebetulan hari cuti beliau jatuh pada Hari Raya Haji dan baharu saya dapat menyambut bersama.

Pada sebelah tengah hari kami bertolak ke Bellingham, Washington, Amerika Syarikat. Pemanduan ke Bellingham hanya mengambil masa setengah jam jika dikira dari sempadan kedua buah negara. Kami kerap datang ke Bellingham cuma kedatangan kali ini banyak gambar yang dapat dirakamkan. Cuaca di Bellingham agak panas serta berjerebu akibat dari kesan kebakaran hutan.

Di Bellingham terdapat sebuah kedai menjual donut yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang diberi nama Rocket Donuts. Selalunya donut akan habis lebih awal dan begitu juga pada waktu kami datang. Walaupun tidak dapat membeli donut, tetapi sempat juga saya bergambar di hadapan kedai yang unik ini.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN



No comments:

Post a Comment