Tuesday, 4 December 2018

May 2018 : Las Vegas, Nevada

Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, setiap kali datang ke Las Vegas saya dan suami lebih mengutamakan masa bersama keluarga yang tinggal di sini. Kami lebih gemar menginap di hotel yang luar dari tumpuan pelancong, membeli belah dan makan di kawasan perumahan. Bersiar-siar seperti pelancong adalah pilihan kedua itupun sekiranya kami mempunyai masa yang lebih. Seperti contoh, kami dapat menyelit sedikit masa terluang untuk makan tengah hari di Lobster Me di dalam hotel The Venetian Las Vegas. Menu popular ialah lobster roll di mana saya sudah teringin semasa beberapa kali datang ke The Venetian sebelum ini.

Saya dan suami juga penggemar The Halal Guys. Dengan kad keahlian yang ada, kami telah gunakan di beberapa cawangan seperti di Chicago, Toronto dan Seattle. Satu kad boleh digunakan untuk dua buah negara. Meskipun kami pelanggan setia The Halal Guys, tetapi kunjungan ke cawangan di Las Vegas merupakan pertama kali bagi kami. Restoran yang terletak di Chinatown ini bersaiz besar berbanding cawangan lain yang pernah kami kunjungi.

Cuaca pada bulan Mei di Las Vegas sangat panas. Purata suhu ialah antara 38° Celsius dan 42° Celsius. Di dalam gambar yang saya rakamkan di dalam kereta, suhu menunjukkan 40.5° Celsius.
Video ini dirakamkan di sekitar Las Vegas Strip dan Downtown Las Vegas. Ia juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/5znUl-hq0eg

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment