Wednesday, 26 December 2018

September 2018 : Musim Panas Di Kanada (Bahagian 1)

Apabila saya melihat ramalan kaji cuaca, beberapa hari lagi hujan akan mula turun. Walaupun masih berada di penghujung musim panas, tetapi ia juga menandakan musim luruh bakal tiba. Dalam keadaan cuaca yang begitu baik, saya mengambil kesempatan melawat dan menikmati keindahan Horseshoe Bay di Vancouver Barat. Di sini juga menempatkan feri terminal bagi memudahkan penduduk menaiki feri untuk ke pulau-pulau lain di British Columbia.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/kbhTsx-KAZw

Seperti yang telah saya katakan di atas tadi, perubahan cuaca pada penghujung musim panas juga menandakan musim luruh bakal tiba. Beberapa hari selepas melawat ke Horseshoe Bay, saya melawat pula ke Jambatan Gantung Capilano Di Vancouver Utara. Ada sebab mengapa saya membuat lawatan pada hari hujan. Jawapannya boleh anda ketahui melalui artikel yang telah saya siarkan sebelum ini iaitu bertajuk Laluan Tebing Di Capilano Suspension Bridge Park.
http://sharery.blogspot.com/2018/12/laluan-tebing-di-capilano-suspension.html

Selepas lawatan ke Jambatan Gantung Capilano, saya melawat pula ke kaki Gunung Grouse dan Capilano River Regional Park. Taman ini terletak bersebelahan dengan Empangan Cleveland. Keadaan persekitaran begi sunyi dan tidak ada orang pada petang Jumaat yang hujan itu.
Pemandangan nampak indah manakala suhu ialah 15° Celsius. Ia adalah perubahan cuaca yang mendadak jika hendak dibandingkan dengan beberapa hari sebelumnya iaitu semasa saya melawat ke Horseshoe Bay.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment