Saya pernah menyiarkan tiga artikel mengenai Jambatan Gantung Capilano (Capilano Suspension Bridge Park) tidak lama dulu.
http://sharery.blogspot.com/2018/07/jambatan-gantung-capilano-vancouver.html?q=capilano
http://sharery.blogspot.com/2018/07/jambatan-gantung-capilano-vancouver_12.html?q=capilano
http://sharery.blogspot.com/2018/08/1-januari-2018-di-vancouver.html?q=capilano
Dua lawatan sebelum ini dilakukan pada waktu malam dan masih ada kawasan yang belum diterokai contohnya laluan pejalan kaki di tebing (Cliffwalk) yang terletak tidak jauh dari jambatan gantung. Semasa lawatan kali pertama, laluan ini ditutup kerana terjadinya satu insiden.
Pada bulan September lalu, baharu saya dapat merasai pengalaman berjalan di laluan pejalan kaki di tebing sejauh 235 meter yang sempit berukuran 50 cm dan setinggi 900 meter di atas Sungai Capilano sambil menikmati kedamaian serta melihat keindahan hutan hujan. Laluan pejalan kaki di tebing ini hanya dikukuhkan dan diikat ke tebing granit. Ia siap dibina pada tahun 2011 dan ketinggiannya melebihi jambatan gantung yang berusia 129 tahun.
Cuaca semasa hari lawatan iaitu penghujung musim panas adalah hujan dengan suhu 15 darjah Celsius. Kami tetapi datang pada hari hujan kerana kami tahu pelancong tidak begitu ramai akibat faktor cuaca dan bukan musim cuti sekolah atau cuti umum. Agak senang dan mudah untuk saya rakamkan gambar dan video tanpa gangguan dari orang ramai. Purata masa yang sesuai untuk melakukan lawatan di sini ialah sekitar dua atau tiga jam. Semoga anda terhibur melihat gambar-gambar dan video yang saya kongsikan di sini.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment