Di sini saya himpunkan gambar-gambar pada musim bunga iaitu bulan Mei yang lalu yang dirakamkan di Surrey, Port Moody, Tsawwassen Mills dan Vancouver, British Columbia. Beberapa gambar awal yang dimuat naik dirakamkan pada waktu tengah hari dan petang manakala selebihnya dirakamkan sekitar jam 8:00 hingga 10:00 malam walaupun anda lihat keadaan persekitaran masih terang. Ini kerana musim bunga pada bulan Mei sudah hampir menginjak ke musim panas dalam erti kata lain waktu siang lebih panjang dari waktu malam.
Pada 27 Mei 2018, suami saya menyambut hari ulang tahun yang ke-40. Tidak ada sambutan istimewa tetapi cukup sekadar kami keluar berbuka puasa di salah sebuah restoran di Vancouver. Waktu berbuka puasa ialah sekitar jam 9:30 malam.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN
;
https://youtu.be/q_mqAreLg5w
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment