Tuesday, 18 December 2018

Ogos 2018 : Musim Panas Di Kanada

Musim panas tahun ini saya tidak mengembara jauh tetapi sebaliknya tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos saya hanya berada di Kanada dan cuma memandu selama dua jam ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat satu atau dua kali sebulan. Artikel kali ini saya bahagikan kepada dua bahagian di mana saya berkongsi tempat-tempat yang dilawati sepanjang bulan Jun.

Amerika Syarikat
Sudah menjadi kewajipan bagi saya dan suami datang ke restoran makanan laut kegemaran kami iaitu Red Lobster di Lynwood dan kilang kapal terbang Boeing di Mukilteo satu atau dua kali sebulan. Pemanduan dari Vancouver, Kanada untuk ke sini hanya mengambil masa selama dua jam dengan syarat pemanduan dilakukan tanpa henti (hanya berhenti di sempadan untuk pemeriksaan) dan tiada kesesakan lalu lintas di lebuh raya.

Vancouver & Richmond
Kebakaran hutan yang berlaku setiap tahun pada musim panas di British Columbia dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat menjadikan kualiti udara yang teruk dan berpanjangan hingga berminggu-minggu lamanya. Gambar-gambar yang berjerebu yang saya rakamkan turut dikongsikan di dalam artikel ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment