Tuesday, 11 December 2018

Jun 2018 : Musim Panas Di Kanada (Bahagian 2)

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2018/12/jun-2018-musim-panas-di-kanada-bahagian.html

Jericho Beach
Pantai Jericho terletak 7 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Ia merupakan salah satu pantai di Vancouver yang menarik perhatian orang ramai terutamanya pada musim panas. Bagi penduduk tempatan, mereka kerap datang ke sini tanpa mengikut musim semata-mata untuk berjalan kaki atau membuat senaman. Manakala saya pula gemar mengambil gambar kerana setiap musim, hasil gambar yang dirakamkan adalah berbeza. Objek utama yang menjadi pilihan saya apabila ingin merakamkan gambar ialah arca-arca kayu yang diletakkan di tepi pantai yang berlatar belakangkan gunung-ganang dan pemandangan jarak jauh pusat bandar Vancouver. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa hari siang pada musim panas adalah sangat panjang. Ketika saya datang ke Pantai Jericho, jam menunjukkan 8:15 malam tetapi terang benderang dan masih ramai lagi sedang yang beriadah dan berkelah.

North Vancouver
Salah satu lagi tempat tumpuan pelancong yang terkenal di Vancouver ialah Lonsdale Quay Market. Majoriti peniaga di pasar ini menjual barangan tempatan dan hasil segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta hasil tangkapan laut. Terdapat banyak juga pilihan gerai makan, kafe dan restoran makanan segera.  Kali ini saya tidak menyiarkan gambar-gambar di dalam pasar sebaliknya pemandangan di luar pasar. Saya rakamkan pemandangan menarik dari menara tinjau yang diberi nama Q Tower. Selain pemandangan sekeliling, anda juga dapat melihat pusat bandar Vancouver dari arah jauh. Video turut dimuat naik di bahagian bawah artikel ini.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN :
https://youtu.be/PYmUagP-i6M

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment