Saturday 23 January 2010

Mari Makan Makan

ASSALAMUALAIKUM WHT,dan SALAM HUJUNG MINGGU

Syukur.... :-)
     Setelah saya"berdiam diri" seketika,hari ini dapat juga saya menjengah ke sini.Oleh kerana komputer riba saya mengalami sedikit masalah,maka terbatas untuk saya melayari internet.Di kesempatan saya dapat menggunakan internet buat sementara waktu ini,izinkan saya berbual bicara sebentar :-)

     Teruja pula ingin bercerita mengenai aktiviti bersama suami beberapa hari yg lepas.Seperti kebiasaan,apabila suami pulang bercuti dari bekerja,kami akan keluar berjalan dan sentiasa mencari serta mencuba menikmati makanan makanan halal di serata Perth.
Suami mengambil keputusan untuk membawa saya ke Marangaroo,utara Perth.Katanya kedai makan yang bakal kami kunjungi ini,akan membuat kan saya tertarik.Tertanya tanya juga,mengapa dan apa yang membuatkan saya akan tertarik?

     Kami tiba di Suria Take Away sekitar jam 5.35minit petang.

                                            Suria Take Away,www.suriatakeaway.com

     Sambil kaki melangkah masuk,saya masih terfikir,apakah yang istimewanya?Jika dilihat dari luar,kedai Suria Take Away ini,sama sahaja seperti kedai kedai makan yang lain.
Masuk ke dalam Suria Take Away,suami memberi salam kepada pembantu kedai di kaunter hadapan,manakala saya pula memerhati keadaan sekeliling kedai.Terdengar pertanyaan suami kepada pembantu kedai,mahu berjumpa dgn abang Hisham.Saya terkejut kerana suami kenal dengan seseorang di kedai ini,dan belum sempat untuk berfikir panjang,saya terus dibawa suami dan pembantu tadi,masuk
ke dapur.

     Suami memperkenalkan kepada saya ke semua mereka yang berada di dapur ketika itu.Rupa rupanya barulah saya tahu,Suria Take Away ini adalah perniagaan keluarga yang dimiliki oleh Encik Hisham Ahrone.
Suami saya mula mengenali keluarga Encik Hisham semasa di Perth sejak dari awal 90an lagi.
Encik Ahrone,(bapa Encik Hisham)adalah anak jati Australia.Beliau bertemu jodoh dan berkahwin dengan Puan Ainon,anak jati dari Manjung,Perak.Dikurniakan dua orang cahayamata lelaki iaitu Encik Hisham,dan Encik Hairul.Mereka juga dilahir dan dibesarkan di Perth.Lebih menarik dan mengejutkan perhatian saya,kedua menantu bagi pasangan Encik Ahrone dan Puan Ainun ini,adalah wanita yang berasal dari Pasir Putih,Ipoh dan Sitiawan Perak.
Walaupun Encik Ahrone dilahir dan dibesarkan di Australia,tetapi pada sejarah keturunannya yang terdahulu,semuanya berasal dari negeri Perak juga.

Dari Kiri ke Kanan,Puan Lin(Isteri Encik Hisham) beserta dua orang anak tiri beliau,diikuti Encik Ahrone dan Puan Ainon


     Kini,barulah saya tahu,suami sebenarnya ingin memperkenalkan kepada saya kenalan lama beliau,yang boleh saya katakan "orang kampung"saya sendiri! :-)
Tentu sekali berbeza sedikit perasaan saya pada ketika itu.Gembira dapat berjumpa "orang kampung",di tambah pula dengan hiasan dalam kedai yang membuatkan hati saya sedikit tersentuh.Lihat saja pada gambar di bawah ini;

       Bendera Australia,Jalur Gemilang dan Wau Bulan antara yang dihiaskan di satu sudut.

    Setelah menghabiskan sedikit masa berbual dan bergambar bersama mereka,baru lah kami memesan makanan,dan mengambil tempat duduk.

Encik Hisham Ahrone,pemilik Suria Take Away


                                                       Kami membaca dan melihat menu

Tidak lama untuk menunggu pesanan kami tadi,akhirnya Encik Hisham menghantar minuman,seterusnya hidangan utama kami.Sila lihat gambar di bawah ya :-)

Mee Rebus Pilihan Saya

                                                                Mee Goreng Pilihan Suami

Membaca majalah EH!,Jelita dan Hai,sambil menikmati ais kacang sebagai pencuci mulut

Gambar diambil setelah kami berdua kekenyangan.Dapat dilihat di situ minuman saya,teh ais,manakala suami pula teh tarik.

 
     Syukur Alhamdulilah,kami sangat berpuas hati menjamu selera di Suria Take Away sambil terhibur dengan Era.Fm,Rentak Muzik Terkini(Puan Lin mendengar Era.Fm menerusi internet),di tambah pula dengan layanan oleh Encik Hisham sekeluarga.
Saya berbangga melihat Jalur Gemilang di Suria Take Away ini,malah terharu dengan Encik Ahrone dan Puan Ainon kerana,walaupun sudah bermaustatin di bumi Kangaroo ini,beliau sekeluarga masih tidak melupakan tanah air tercinta dan mengekalkan konsep kemelayuan di Suria Take Away ini.

     Memasuki kereta untuk pulang dengan perut yang begitu "sendat" ,lantas suami berkata,"InsyaAllah,kita akan datang lagi ke sini".. :-)

2 comments:

  1. InsyAllah nanti kita pergi lagi & to a few new places jugak :)

    ReplyDelete
  2. woaaaa.. nnti bwak cek.. :)
    bngganya mnjadi rakyat MY..

    ReplyDelete