Tuesday 1 May 2012

Albuquerque, NEW MEXICO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dari Santa Fe kami menyambung perjalanan ke Albuquerque. (*Sebutannya = Albekerki*)
Ketika berada di lebuhraya,saya sempat mengambil gambar sebuah papan tanda yang baru saya tahu  "World's Longest Tramway" terletak di Sandia Peak tidak jauh dari Albuquerque.


Sandia Peak dari arah jauh
Albuquerque ialah bandar terbesar di negeri New Mexico dengan populasi penduduk seramai 545,852 orang (sehingga tahun 2010) jauh mengatasi jumlah penduduk di ibu negeri New Mexico sendiri iaitu Santa Fe.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah,lapangan terbang di sini tidak dinamakan "Airport", sebaliknya "Albuquerque International Sunport".



(Di kawasan tinjau - Tong sampah direka seperti helikopter

Saya ulangi sekali lagi, New Mexico bukanlah negara Mexico tetapi ianya salah sebuah negeri di dalam Amerika Syarikat yang terletak bersempadan dengan negara Mexico (seperti contoh negeri Kedah/Perlis yang bersempadan dengan negara Thailand).

Siapa sangka negeri yang majoriti penduduknya berbangsa Amerika Latin (South American) dan kaum etnik Red Indian ini mempunyai masjid atau terkenal dengan nama The Islamic Center of New Mexico.Selain masjid, di sini juga menempatkan kelas pengajian agama Islam.

Ketika pertama kali suami menunaikan solat di sini,beliau tidak menyangka saudara sesama Islam di negeri ini bukan sahaja dari kalangan bangsa Arab dan Afrika,malah anda pastinya terkejut kerana mereka yang berbangsa Amerika Selatan dan kaum etnik Red Indian juga ramai yang beragama Islam! MasyaAllah.


Kunjungan pertama kali saya ke The Islamic Center of New Mexico dan makan malam di Yasmine Cafe
Keesokan harinya,saya mengambil gambar di hadapan salah sebuah bangunan besar di bandar ini iaitu Alburquerque Convention Center yang terletak bersebelahan hotel tempat kami menginap.


Sebelum memulakan perjalanan ke Roswell, kami berhenti dan bergambar di sebatang jalanraya yang boleh dikatakan sudah meninggalkan sejarah iaitu Route 66.

Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66 ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, ,Arizona,New Mexico,Texas,Oklahama,Kansas, dan Missouri.


Route 66, Sumber dari internet

Pada tanggal 27hb Jun 1985, Route 66 secara rasminya ditutup dan dilucutkan dari United States Highway System  dan digantikan dengan Interstate Highway System,di mana lebuhraya baru ini lebih relevan menghubungkan hampir kesemua negeri di dalam Amerika Syarikat.
Walaupun Route 66 sudah tidak relevan untuk digunakan,tetapi "cebisan" nya masih disimpan untuk kenangan.Beberapa batang jalanraya dan persimpangan utama Route 66 masih digunakan sehingga ke hari ini.
Negeri terbabit ( Illinois, Missouri, New Mexico,dan Arizona) meletakkan papan tanda yang diberi nama "Historic Route 66" untuk tarikan pelancong.

Rasa bangga dapat melalui Route 66
*Untuk maklumat tambahan,filem The Avengers telah menjalankan penggambaran di studio di Albuquerque*

No comments:

Post a Comment