Saturday, 19 May 2012

Albuquerque,NEW MEXICO, Dallas,TEXAS & Peoria, ILLINOIS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejehtera

Perjalanan darat dan udara yang panjang pada hari ini bermula seawal tengah malam dari Farmington dengan menaiki kereta menuju ke Albuquerque , New Mexico yang mengambil masa selama 3jam 15minit.


ALBUQUERQUE, NEW MEXICO
.Albuquerque International Sunport, New Mexico
Selesai urusan daftar masuk dan kami sudah berada di pintu berlepas lebih kurang jam 5.00 pagi.Tepat jam 6.00 pagi,penerbangan American Airlines yang kami naiki pun berlepas dari Albuquerque meninggalkan negeri New Mexico.

Perkhidmatan internet terdapat di dalam pesawat American Airlines
DALLAS, TEXAS 
Penerbangan selama 1jam 15minit selamat mendarat di Dallas,Texas.Kami berada di sini hanya untuk seketika sebelum menyambung penerbangan ke Peoria, Illinois.

Mengalas perut di American Airlines Admirals Club lounge
Dallas/ Fort Worth International Airport
Penerbangan ini hanya mengambil masa 1jam 50 minit.Pertama kali menaiki kapal terbang ERJ 145 yang sebelah kirinya satu tempat duduk manakala sebelah kanan dua tempat duduk

PEORIA, ILLINOIS
Apakah keistimewaan yang ada di Peoria?


Di Peoria terletaknya ibu pejabat dunia bagi CATERPILLAR Inc. (CAT)
CAT seperti yang anda tahu ialah syarikat gergasi dunia dalam mereka,membentuk,pengeluar dan menjual mesin dan jentera untuk bidang perlombongan,industri gas dan sebagainya.
Jika sebelum ini saya hanya melihat jentera penurap jalan berjenama CAT sahaja,tetapi di Peoria saya berpeluang melihat dengan lebih dekat ibu pejabat serta dapat menyentuh jentera/traktor pertama di dunia yang dihasilkan oleh CAT.


Traktor pertama dunia di Peoria International Airport
Peoria International Airport
Papan tanda selamat datang ke Peoria ditaja oleh Caterpillar
Di dalam bandaraya Peoria
Gedung Caterpillar menjual cenderamata seperti baju,kasut,beg dan lain lain

Ibu pejabat CAT yang dimaksudkan bukanlah hanya sebuah bangunan sahaja tetapi sangat banyak dan bertaburan di serata Peoria. Bangunan yang paling utama ialah seperti gambar di bawah.

Caterpillar World Headquarters Building
Di belakang saya ialah "Spirit of Peoria River Boat" ,sebuah restoran terapung yang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong

Meneruskan perjalanan selama 2jam30minit untuk ke destinasi berikutnya

 Meneruskan perjalanan berkereta pula untuk ke destinasi berikutnya,nantikan... :-)

4 comments:

  1. Salam...

    Terjumpa blog ini secara tak sengaja... ahhh betapa saya rindukan Peoria.. graduated from bradley university in 1997.. that was long time ago.. thank you for posting this.. peoria was like my 2nd home for 2 years back then...

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Saya faham macam mana perasaan rindu tu. Hihih. Saya baru pergi Peoria minggu lepas. Nanti InsyaAllah akan pergi lg hujung bulan ni. Saya akan buat entri lagi tentang Peoria. kalau encik/cik/puan ikuti perkembangan blog saya, nanti boleh tengok entri tu. :)

    ReplyDelete
  3. Hi... saya nieza... thanks alot! Rajin ye pergi peoria... buat apa di sana? i have a friend yg keje di Cat.. she's working there with her husband.. both melayu hehehe...

    I was searching melancong to chicago last time, hence jumpa your blog.

    permission to use 1 of your pics utk share ye.. gambar highway your arrival from peoria to chicago.. aduhhh i miss chicago also :( selalu pergi chicago dulu... thanks again dik (sorry dont know u name)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza Ali : Panggil saja saya Shery. Terima kasih sudi singgah blog saya dan maaf sebab lewat balas komen ni. Nak guna gambar saya, dipersilakan. :)
      Menarik cerita Nieza tentang Chicago dan Peoria, kalau boleh Nieza berikan email address, so kita boleh berbual lebih melalui email. :)

      Delete