Perjalanan pada hari Ahad yang bermula dari Phoenix diteruskan ke Flagstaff,Arizona.
Berhenti di hentian rehat di antara Phoenix dan Flagstaff |
Pemandangan yang sejuk mata memandang |
Flagstaff |
Keduanya,Flagstaff terletak di sepanjang Route 66 yang sangat terkenal dan bersejarah.
Saya pernah bercerita mengenai Route 66 di dalam Terjemahan Hati sebelum ini.Bagi mereka yang ketinggalan atau tidak tahu apa itu Route 66,saya ulangi di sini.
Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66 ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, ,Arizona,New Mexico,Texas,Oklahama,Kansas, dan Missouri.
Pada tanggal 27hb Jun 1985, Route 66 secara rasminya ditutup dan dilucutkan dari United States Highway System dan digantikan dengan Interstate Highway System,di mana lebuh raya baru ini lebih relevan menghubungkan hampir kesemua negeri di dalam Amerika Syarikat.
Walaupun Route 66 sudah tidak relevan untuk digunakan,tetapi "cebisan" nya masih disimpan untuk kenangan.Beberapa batang jalanraya dan persimpangan utama Route 66 masih digunakan sehingga ke hari ini.
Negeri terbabit ( Illinois, Missouri, New Mexico,dan Arizona) meletakkan papan tanda yang diberi nama "Historic Route 66" untuk tarikan pelancong.
Historic Route 66 di Arizona |
Tempat pertanyaan pelancong dan gerai menjual cenderamata |
Pertama kali melihat keretapi kargo yang membawa 2tingkat kontena |
Plat kereta (persendirian) penduduk tempatan yang menggunakan nama Route 66 |
Senibina rumah lama yang masih kuat strukturnya |
Flagstaff sebuah pekan kecil yang aman damai jauh dari kesibukan kota |
Sebaik meninggalkan Flagstaff, saya seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.Apa yang saya maksudkan ialah,saya kagum dengan Arizona kerana di dalam sebuah negeri sahaja terdapat beberapa,bandar dan daerah yang terlalu berbeza dari segi geografi nya di dalam satu masa/musim.
Seperti contoh, semasa saya di Tucson, cuaca agak panas seperti musim panas walhal di Amerika Syarikat baru sahaja memasuki musim bunga.Faktor suhu yang tinggi ialah kerana Tucson terletak di tengah-tengah padang pasir yang dipenuhi pokok kaktus.
Jika di Tucson penduduk tempatan atau pelancong sudah boleh memakai baju musim panas tetapi tidak di Flagstaff yang masih sejuk dan bersalji.
Sebelum memulakan percutian di negeri Arizona,saya sudah tahu akan perbezaan geografi,suhu,cuaca yang bakal ditempuhi dan telah menyediakan pakaian mengikut kesesuaian musim.Tetapi dalam perjalanan pulang,saya tetap tidak menyangka semua yang berlaku dalam jangka masa yang singkat sahaja (tiga hari percutian di Arizona). :-)
cantik nya gambo2 sume.. macam dalam poskad. tak de nasi ya acu (typical perut melayu sibuk cari nasi).. hehhe
ReplyDelete