Tuesday 15 May 2012

Phoenix, ARIZONA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dari Tucson,kami tiba pula di ibu negeri dan bandar terbesar di Arizona yang penduduknya seramai 1,445,632 orang (dikira sehingga tahun 2010) iaitu Phoenix.

Phoenix ialah hab atau pusat sehenti utama untuk penerbangan US AIRWAYS
Makan malam di Cleopatra Bistro Pizaa yang pemiliknya beragama Islam
Di hadapan Hard Rock Cafe Phoneix
Seperti kebiasaan, kemana-mana sahaja tempat yang kami suami isteri lawati,kami pasti akan 'menyelidik' lapangan terbang tempatan yang kemungkinan satu hari nanti kami memerlukannya. Yang bagus tentang Phoenix Sky Harbor International Airport ialah terdapat kawasan lapang dan tempat memakir kenderaan khas untuk mereka yang ingin mengambil penumpang ketibaan.Terdapat skrin besar memberi maklumat penerbangan yang akan tiba dan apabila penumpang sudah selesai proses mengambil bagasi, status di skrin akan memberitahu penumpang sudah sedia untuk diambil di balai ketibaan.
Sangat menarik bukan?Ia (kawasan menunggu dan skrin maklumat penerbangan) boleh di contohi dan diikuti oleh lapangan terbang lain supaya terminal tidak terlalu sesak.

Phoenix Sky Harbor International Airport

Pusat bandar Phoenix
Pusat bandar Phoenix sunyi sepi di pagi hari Ahad
Pusat Teater
Bergambar di Pusat Konvensyen Phoenix dan di sebelah kanan gambar ialah Duta Pelancongan

Arizona Center, salah satu tempat membeli belah
Arizona Center di Phoenix
Tidak boleh lama di Phoenix kerana pada pagi itu kami perlu mengejar masa untuk meneruskan perjalanan dan ke destiansi berikutnya.Nantikan...

No comments:

Post a Comment