Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Pada suatu hari ketika di
Farmington,tanpa dirancang kami telah pergi ke
Durango untuk makan malam.
Perjalanan dengan menaiki kereta dari
Farmington,New Mexico ke
Durango yang terletak di dalam negeri
Colorado mengambil masa lebih kurang 45minit sahaja.
|
Papan tanda menunjukkan inilah sempadan di antara dua buah negeri iaitu New Mexico dan Colorado |
|
Pemandangan semasa hendak menuju ke Durango.Dari jauh sudah dapat kelihatan gunung yang bersalji |
|
Sudah tiba di Durango Colorado |
Bukan sahaja
Durango,tetapi keseluruhan negeri
Colorado begitu sinonim dengan panggilan
Rocky Mountains.
Apa itu Rocky Mountains?
Barisan atau lingkungan utama gunung ganang di barat utara Amerika Syarikat yang panjangnya lebih dari 4830 kilometer.
Rocky Mountains akan lebih cantik,sejuk mata memandang malah merasa akan kebesaran Allah apabila ianya diselimuti oleh salji yang memutih.
|
*Gambar sumber dari laman sesawang* - Inilah gambaran dekat Rocky Mountains yang bermula dari Alaska,merangkumi negara Kanada dan berakhir di New Mexico |
|
Pemandangan Rocky Mountains yang dapat dirakamkan ketika saya dalam penerbangan dari Los Angeles,California ke Denver, Colorado beberapa bulan yang lalu.Salji akan bertambah tebal dan menutupi keseluruhan gunung lebih daripada gambar di atas antara bulan November dan February |
Durango, Colorado adalah sebuah bandar yang agak kecil dengan populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2010 ialah seramai 16,887 orang.
Meskipun bilangan penduduk tidak begitu ramai,tetapi yang pastinya
Durango sepanjang tahun dibanjiri dengan pelancong asing tidak kira dari dalam atau luar negara terutama sekali pada musim sejuk kerana disini terdapat beberapa tempat untuk bermain ski.
Selain daripada bermain ski,tarikan pelancong yang lain ialah aktiviti seperti mendaki,berbasikal(gunung dan jalanraya),menembak,memancing,berkayak dan lain lain lagi.
Beberapa selebriti
Hollywood juga mempunyai rumah percutian musim sejuk/salji di
Durango.
|
Bas seperti menyerupai trem di dalam |
|
Kemungkinan lukisan ini ada kaitan dengan sejarah zaman dahulu |
Musim sejuk sudah hampir ke penghujungnya tetapi cuacanya masih dingin,sejuk dan bersalji.
|
Berada di tengah bandar Durango yang juga pusat tumpuan pelancong untuk membeli cenderamata |
|
Durango, Colorado |
|
Makan malam di restoran makanan Jepun.Kami memilih hidangan seperti tempura udang,sayur dan sushi |
Berada hanya beberapa jam di
Durango semestinya tidak puas.InsyaAllah saya akan kembali ke sini untuk melawat beberapa tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri salah satunya ialah ingin menaiki keretapi api stim yang telah menjalankan perkhidmatannya sejak dari 130 tahun yang lalu.
:-)
No comments:
Post a Comment