Tuesday, 15 May 2012

Tucson, ARIZONA (World's Largest Aircraft Graveyard)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini kami menaiki kereta menjelajah ke sebuah negeri lain yang juga dikenali dengan nama The Grand Canyon State iaitu ARIZONA.
Dari Farmington, New Mexico kami menuju terus ke bandar paling selatan di Arizona iaitu Tucson. Oleh kerana matahari terbenam awal petang jadi saya tidak dapat mengambil gambar pemandangan ketika dalam perjalanan tersebut.

Baru masuk sempadan negeri Arizona.
Apabila masa pemanduan mencecah hampir ke separuh perjalanan (lebih kurang 5jam), kami singgah di Flagstaff  untuk berehat dan makan malam. Cuaca sangat sejuk dan salji masih banyak di sini.

Double Fillet O Fish.
Hampir 10 jam berada di atas jalan raya,akhirnya kami selamat tiba di Tucson (tengah malam).

Keesokan hari, kami bersarapan di hotel sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Sarapan pagi di Towne Place Suites Marriott.
Tujuan utama kami datang ke Tucson adalah untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat lagi kubur kapal terbang terbesar di dunia. Sebelum ini saya pernah mendengar akan kewujudan kubur tersebut, tidak sangka sama sekali saya dapat juga menjejakkan kaki di sini.

World's Largest Aircraft Graveyard 

Untuk maklumat anda,kapal terbang lama atau yang sudah tidak mahu digunakan lagi milik syarikat penerbangan komersial,persendirian,tentera udara dari serata dunia akan dibuang atau dikuburkan di satu kawasan lapang. Terdapat beberapa "kubur" atau graveyard/boneyard di dalam dunia tetapi yang paling besar dan terkenal ialah di sini, di Tucson, Arizona.

PIMA AIR & SPACE MUSEUM yang terletak tidak jauh dari hotel kami menginap.
Model kapal terbang pertama di dunia dari Wright Brothers.
F 14 Tomcat, model yang sama digunakan untuk filem Top Gun lakonan Tom Cruise.
Pertama kali melihat Sea Planes kepunyaan tentera laut (kegunaan untuk udara dan laut).
Kokpit kapal terbang NASA -  Boeing 720.
Kapal terbang C 14 yang dibina pada tahun 1970an ini sangat unik dan hanya ada dua sahaja di dalam dunia. Salah satunya berada di sebelah saya (dalam gambar di atas).
Salah satu antara beberapa buah kapal terbang milik NASA yang berada di situ.
Bertuahnya saya dapat bergambar dan menyentuh dua buah kapal terbang yang menerbangkan Presiden Amerika Syarikat. Salah satunya ialah seperti di atas, VC-137B Presidential Aircraft (Freedom One).
Kapal terbang pengebom - B52 Bomber.
Helikopter yang reka bentuknya sangat pelik ini diberi nama Erickson Air Crane berfungsi untuk membawa air khususnya untuk tujuan kebakaran.
Kapal terbang lama yang telah dicat dan dihias dengan muka tengkorak.

Setelah lebih kurang tiga jam menghabiskan masa di dalam dan di luar perkarangan muzium dengan ditemani dengan cuaca yang sangat panas,kami kemudiannya menghala ke Davis Monthan Air Force Base (tidak jauh dari muzium tadi) untuk melihat dengan lebih banyak lagi kapal terbang yang ditinggalkan di situ.

Had laju yang berbeza (siang dan malam) untuk pengguna jalanraya.
Berlatar belakangkan ribuan kapal terbang yang sudah tidak digunakan.
Gambar-gambar yang saya kongsikan di blog ini terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan apa yang saya rakam melalui kamera. Kapal terbang yang sudah "dikuburkan" di sini mencecah ribuan buah. Untuk memberikan anda gambaran penuh, saya letakkan gambar World's Largest Aircraft Graveyard yang saya ambil dari laman sesawang pihak lain.

Pemandangan dari udara yang anda lihat ini menunjukkan hanya sebahagian sahaja kawasan "perkuburan" kapal terbang. Separuh lagi tidak kelihatan di dalam gambar.
Selesai dari lawatan itu, kami berjalan-jalan di sekitar bandaraya Tucson.
Teringat semasa di awal usia remaja (1993-94), pada ketika itu seorang sepupu saya melanjutkan pelajaran di Arizona. Saya pernah melihat gambar-gambar beliau mengembara di Arizona semasa cuti semester. Tidak menyangka sama sekali, saya dapat menjejakkan kaki di sini dan melihat universiti tempat beliau melanjutkan pelajaran satu masa dahulu.

Pokok kaktus terlalu banyak di Tucson.
 Di Amerika Syarikat, pemakaian topi keledar keselamatan bagi penunggang motosikal tidak diwajibkan dan pemilik senjata api (berlesen) begitu ramai di sini malah mereka membawanya kemana-mana sahaja.
Nampak bersahaja meletakkan pistol di pinggang seluar beliau.
Apa yang dapat disimpulkan ialah, saya rasa sangat bertuah dan berbangga kerana dapat menjejakkan kaki di kubur kapal terbang terbesar di dunia yang sangat terkenal ini malah dapat bergambar, melihat dengan lebih dekat dan menyentuh pelbagai jenis kapal terbang yang unik,antik dan mempunyai sejarah dunia tersendiri contohnya kapal terbang atau jet pejuang yang telah mengorbankan banyak nyawa.


4 comments:

  1. tucson! teringat masa kecik2 dulu suka sgt dgn cerita high chaparral, pekan terdekat dlm cerita tu is tucson. tengok kapal terbang banyak tu kan, teringat dulu2 kita kan pernah main kad yang ada gambo kapal terbang kan? apa ke nama nya tu eh?? yang penting sapa dpt kad air craft concorde mmg hebat le.

    ReplyDelete
  2. Sazsaz : Cik Yan,la yeke?maap tak tahu,agaknya sbb kita pnya permainan dah berbeza era.heheh. yg sy tahu main kad Old Maid,Donkey,Happy Family. hehhe :)

    ReplyDelete
  3. hheh... kalau main happy family, dapat kad org lain kalau tak ckp thank you, kena bagi balik... heheh, mainan yang penuh adab.. sapa dpt old maid kena gelak, sbb tua... best kan dulu2...

    ReplyDelete
  4. Sazsaz : hehehe,rindu plak nak main kad2 tu :)

    ReplyDelete