Thursday, 17 May 2012

Meteor Crater Natural Landmark, ARIZONA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pernahkah anda mendengar cerita mengenai jatuhnya tahi bintang ke bumi?

Mateor Crater Natural Landmark
yang terletak 35 batu dari timur Flagstaff dan 20 batu dari barat Winslow, Arizona ialah kawasan (kawah) di mana jatuhnya tahi bintang yang masih terpelihara dan dijaga dengan begitu baik walaupun kejadian itu berlaku kira-kira 50,000 tahun yang lalu.
Sehingga ke hari ini Mateor Crater Natural Landmark menjadi tumpuan pelancong serata dunia untuk melihat kesan sejarah tersebut.
Dari lebuhraya Interstate Highway 40,kemudian susur keluar Exit 223
Muzium Meteor Crater
Kesan hentaman tahi bintang yang dapat dilihat dari dalam poster
Sejarah dan fakta mengenai tahi bintang
Kejadian yang pernah terjadi di Alabama
Misteri kejadian di Rusia
Dianggarkan akan datang ke bumi
Selepas meluangkan sedikit masa di dalam muzium dengan membaca beberapa maklumat sejarah,kami keluar dan pergi ke bahagian belakang bangunan untuk melihat dengan mata kasar kesan hentaman tahi bintang itu.
Saiz kawah ini dianggarkan lebih kurang 1 batu dari sisi ke sisi, 2.4batu saiz lilitan/bulatan dan 550 kaki dalam

Angin terlalu kuat sehingga terpaksa berjalan dan berdiri bergantung dengan pemegang besi yang telah disediakan


Meteor Crater yang begitu besar dan luar
Di sini saya sertakan dua keping gambar yang saya ambil dari laman sesawang lain untuk menunjukkan gambaran sebenar bertapa besarnya kesan hentaman tahi bintang itu.
Pemandangan dari udara
Muzium dan tempat meletak kereta di sebelah kanan gambar,dan cuba anda bandingkan dengan kawah di belakangnya.MasyaAllah
Senarai ratusan angkasawan Amerika Syarikat,Jauh jika hendak dibandingkan dengan Malaysia yang hanya satu orang sahaja :-)
Appolo Test Capsule - Boiler Plate 29
American Astronaut Wall of Fame
Berada di negeri Arizona hanya tiga hari sahaja tetapi banyak pengalaman dan sejarah yang dapat dipelajari. :-)

Meninggalkan negeri Arizona

No comments:

Post a Comment