Sunday, 28 October 2018

April 2018 : Pemanduan Dari Vancouver Ke Las Vegas (Bahagian 1)

Pada tahun 2017, saya dan suami melakukan kembara dari Vancouver, Kanada ke Las Vegas pergi dan balik menaiki kereta sebanyak dua kali iaitu pada bulan Ogos dan September. Tahun ini kami kembali melakukan kembara yang sama pada bulan April dan Mei tetapi sebahagian dari laluan perjalanan kami berbeza dari tahun lalu.

21 April 2018
Pemanduan bermula awal pagi dari Vancouver sehingga ke Boise, Idaho yang jaraknya dianggarkan 1,010 kilometer. Sepanjang perjalanan selama 10 jam 30 minit yang menempuh dua negara dan tiga negeri di Amerika Syarikat ibarat seperti berada di dua musim berbeza walaupun hakikatnya ialah musim bunga. Di negeri Washington cuaca mendung, berkabus serta bersalji manakala negeri Oregon dan Idaho pula panas terik yang suhunya seperti musim panas. Kami tiba di Hotel Wyndham Garden Boise Airport pada waktu petang dan dapat juga berehat lebih lama kerana akan menyambung pemanduan awal keesokan hari.
Video pemanduan dari Vancouver ke Boise boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/FUd60HK_Lug

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment