Wednesday 17 October 2018

Musim Bunga 2018 Di British Columbia, Kanada

Selepas pulang dari kembara di Amerika Syarikat, saya kembali menikmati cuaca sejuk di Kanada walaupun sudah masuk musim bunga. Di samping itu dapat juga melihat pemandangan bandar yang rata-rata dipenuhi dengan pokok bunga berwarna merah jambu dan putih. Bandar Vancouver dianggarkan mempunyai 40,000 pokok bunga cherry blossom. Bunga-bunga ini tidak akan kekal sehingga penghujung musim. Ia akan habis berguguran sekitar penghujung bulan April atau awal bulan Mei. Justeru saya mengambil kesempatan merakamkan gambar pelbagai jenis pokok bunga sebanyak yang boleh sebelum kembali meneruskan kembara ke Amerika Syarikat pada bulan Mei.

Pada 10 April, saya turut rakamkan gambar kapal persiaran pertama yang berlabuh di Coal Harbour, Vancouver untuk tahun 2018. Kapal pertama tersebut ialah Star Princess dari Nanaimo yang akan meneruskan pelayaran ke Hawaii. Kapal-kapal ini hanya akan membuat persinggahan pada musim bunga, panas dan berakhir pada awal musim luruh sekitar pertengahan bulan Oktober.

Antara gambar lain yang saya kongsikan di sini ialah semasa saya berada di Cresent Beach, Surrey dan Deep Cove, North Vancouver.
Video kapal persiaran yang berlabuh di Vancouver boleh juga ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/Z1QK5sRB3kY

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment