Walaupun saya dan suami sudah melihat beberapa gambar hotel semasa ingin menempah bilik melalui laman hotel.com, tetapi selepas daftar masuk kami terkejut kerana ia tidak seperti yang digambarkan. Apa yang membuatkan kami kagum ialah saiz bilik hotel yang menyamai atau lebih besar dari hotel-hotel Marriott dan Hilton (saiz standard bukan saiz suites) yang biasa kami menginap.
Dekorasi di bahagaian lobi jelas menampakkan ciri-ciri dekorasi seperti sebuah hotel di negara China. Minuman ringan sama ada panas atau sejuk dihidangkan secara percuma dan sebuah komputer diletakkan di penghujung sudut lobi untuk kegunaan tetamu hotel. Selain bilik yang kami terima sangat besar, kelengkapan mandian di bilik air termasuk tuala mandi dan muka lebih dari mencukupi. Setiap kali menginap di hotel, saya pasti akan membawa selipar sendiri untuk dipakai di dalam bilik sahaja. Di Green Tree Inn & Suites, saya simpankan sahaja selipar sendiri kerana di sini telah disediakan dua pasang untuk tetamu di setiap bilik. Hotel ini baru sahaja dinaik taraf kerana dapat kelihatan sekitar kawasan hotel yang kerja-kerja membaik pulih dan pengubahsuaian baru sahaja selesai.
Secara kesimpulannya, penginapan dua hari satu malam di Green Tree Inn & Suites amat memuaskan termasuk faktor lain iaitu lokasi yang strategik dan berdekatan dengan bandar lain yang berdekatan iaitu Pasadena. Kami tidak teragak-agak untuk memilih hotel ini sekiranya datang lagi ke Los Angeles.
https://youtu.be/2zJHhV-kOPU
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
salam sis...
ReplyDeletecantik dan besar giler biliknya..berbaloi2 la kan... hehehe
Wsalam Juls, apa khabar?
DeleteItu lah, hotel 3 bintang tapi banyak barang dalam bilik ni macam hotel 4 dan 5 bintang. Puas hati bilik besar tapi sayang cuma tidur 1 malam saja :)