Wednesday 3 October 2018

Pasadena, California

Pada sebelah petang selepas daftar masuk dan berehat sebentar di hotel Green Tree Inn & Suites, saya dan suami kemudian ke Pasadena yang terletak lebih kurang 6.6 kilometer dari hotel penginapan kami di Alhambra. Keunikan pusat bandar ini (Old Pasadena) ialah terdapat banyak bangunan lama yang menempatkan tempat membeli belah dan juga restoran.

Tujuan asal datang ke Pasadena ialah untuk berjumpa dengan sahabat kami yang baru berpindah ke Los Angeles dari Helsinki, Finland. Kali terakhir kami bertemu ialah semasa beliau menghadiri majlis perkahwinan kami pada tahun 2009. Sepanjang sembilan tahun kami hanya berhubung melalui laman sosial media. Akhirnya Pasadena menjadi saksi pertemuan semula kami bertiga.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment