Musim ski bermula dari bulan November sehingga penghujung April atau pertengahan Mei.
Manakala saya memilih untuk datang ke Whistler pada 19 April 2018 iaitu bukan musim puncak dan sudah berakhirnya musim perayaan dan cuti sekolah. Ternyata kedatangan pada waktu begini lebih selesa dan tidak bersesak dengan orang ramai. Saya pasti begitu juga yang difikirkan oleh bekas pemain bola sepak Manchester United dan isterinya. David dan Victoria Beckham serta keluarga datang bermain ski di Whistler pada bulan Februari dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018.
Whistler Village menempatkan banyak tempat penginapan, restoran, kafe dan tempat membeli belah. Jika pelancong yang datang tidak berminat untuk melakukan aktiviti ski, mereka masih boleh bersiar-siar dan mengambil gambar kerana pemandangan di sini sangat memukau. Minggu lalu saya kembali ke Whistler kerana ingin melihat pemandangan musim luruh, ternyata kedatangan saya tidak menghampakan. Saya akan kongsikan gambar-gambar musim luruh di Whistler dalam beberapa bulan lagi. Untuk kali ini saya kongsikan gambar-gambar dan video yang dirakamkan pada musim bunga yang lalu dan artikel dibahagukan kepada dua bahagian.
https://youtu.be/qN051JHo1w8
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment