Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan
26hb November 2010 adalah tahun kedua saya menyambut hari ulangtahun di Australia dan jika tahun lepas di Perth,tahun ini pula di Melbourne.Itu sahaja sedikit perbezaan yang nampak di lihat.
Oleh kerana hujan turun sepanjang hari,maka tiada aktiviti yang dapat saya lakukan pada sebelah pagi dan tengah hari.
Selepas suami pulang dari solat Jumaat,baru lah kami bersiap untuk sesi bergambar dan kemudiannya keluar untuk makan malam.
|
Ini lah hadiah yang saya terima dari suami |
|
Bersiap sedia untuk makan malam |
Kami tiba di
Curry Vault Restaurant & Bar yang terletak di
Bank Place,Little Collin Street seawal jam 6 petang(
www.curryvault.com.au).
Curry Vault Restaurant & Bar menyediakan variasi makanan India dan suka saya ceritakan di sini,kesemua makanan yang disajikan adalah halal malah
Curry Vault adalah salah satu restoran yang telah di rekomen bagus oleh
Qantas Airways.
|
Di dalam restoran |
|
Seperti kebiasaannya,kami bergambar dahulu sebelum menjamu selera |
|
Bersama rakan kami,Nur Maya |
Cadangan asal sepatutnya makan malam ini di hadiri oleh dua orang rakan kami yang bermaustatin di Australia iaitu Nur Maya dan Khairi.Atas sebab-sebab tertentu Khairi terpaksa menarik diri pada saat akhir.
|
Hidangan |
|
Roti Nan Bawang Putih |
|
Lamb Shank Curry dan Butter Chicken |
|
Di hadapan pintu masuk restoran |
|
Di luar restoran |
Selepas menjamu selera,kami di jemput ke rumah Maya yang hanya kurang 500 meter sahaja dari restoran
Curry Vault.
Tanpa di sangka,rupa rupanya saya di kejutkan dengan kek hari jadi oleh Maya selaku tuan rumah :-)
|
Bergambar bersama kek hari jadi |
|
Upacara meniup lilin |
|
Upacara meniup lilin bersama suami dan Maya |
|
Kek keju buah buahan yang sangat sedap |
|
Menjamah kek keju sambil menonton filem |
Jika ada di antara anda yang teliti memerhatikan skrin televisyen di atas,mungkin ada yang bertanya filem apakah yang kami tonton.
Untuk maklumat anda,kami menonton filem dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Masam Masam Manis :-)
Adakah ada di antara anda yang terkejut kerana filem ini di siarkan di Australia?Kata suami,filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pernah di siarkan di kaca televisyen tempatan beberapa tahun lepas.Tetapi filem yang kami tonton ini adalah dari koleksi cakera padat kepunyaan Maya.Kehebatan filem filem Allahyarham bukan hanya bertahkta di hati warganegara Malaysia mahupun Singapura sahaja,malah mereka yang telah berhijrah dan bermaustatin ke luar negara seperti di Australia ini juga masih menyimpan berpuluh puluh koleksi filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee termasuklah suami saya sendiri :-)
Selepas pulang dari rumah Maya,kami bersiar siar di sekitar bandaraya Melbourne dan di sini dapat saya kongsikan bersama anda beberapa lagi gambar.
|
Berlatar belakangkan dekorasi sempena Hari Natal di Crown Entertainment Complex |
|
Berdiri di salah sebuah jambatan dan di bawahnya adalah sungai Yarra, Southbank |
|
Di Southbank |
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan kepada anda tentang sambutan hari ulang tahun saya yang ke 29.
Biarpun ianya di sambut secara sederhana,tetapi saya tetap bersyukur dan gembira :-)
*Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami tercinta di atas pemberian hadiah dan sudi meluangkan masa mengambil cuti untuk menyambut hari ulang tahun bersama saya walaupun sepatutnya beliau bekerja pada hari berkenaan.
*Terima kasih juga di ucapkan kepada Nur Maya kerana sudi menghadiahkan saya dengan sebiji kek keju yang sangat sedap.
*Serta setinggi tinggi terima kasih kepada seluruh ahli keluarga,saudara dan rakan rakan di atas ucapan,ingatan serta doa dari kalian.
*Yang terakhir sekali dan ingatan saya buat insan teristimewa ialah Ibunda Fatimah Mohamed Hassan.
"Terima kasih mak kerana melahirkan saya di dunia ini,membesar dan mendidik saya sehingga saya seperti hari ini.Saya sayang mak sampai akhir hayat"
|
Menelefon ibunda tersayang di hari ulangtahun dan detik yang menggembirakan adalah menerima ucapan hari ulangtahun dari insan yang melahirkan saya |
Bertemu kita di Terjemahan Hati pada masa akan datang,jaga diri semua.Sekian,Terima Kasih
HAPPY BIRTHDAY again :) Luv you :)
ReplyDeleteThank You My Love :)
ReplyDeletehappy bday acuu... love you so much. Insyaallah tahun dpn kita celebrate skali ye.. kite sama2 wat kek bday seniri.. ok x?
ReplyDeleteTq Cek :) InsyaAllah tahun depan k,boleh set!..Kita kasi gegar bday kek kita :D
ReplyDelete