Ketika zaman persekolahan saya, jenama kasut ini amatlah terkenal dan menjadi pilihan terutamanya kaum remaja sehinggalah yang dewasa tidak kira perempuan atau lelaki. Tetapi di sepanjang kehidupan ini, saya langsung tidak berminat atau berniat untuk membelinya. Mungkin saya rasakan imej keperempuanan dan kewanitaan saya tidak sesuai untuk memakai kasut ini, tambahan pula harganya agak mahal. Beberapa hari yang lepas,apabila suami merindui dan mahu membeli kasut baru jenama berkenaan, maka saya pula tergerak hati untuk membeli sepasang untuk koleksi terbaru saya.
Adakah anda dapat meneka kasut apa yang saya maksudkan? Jawapannya ialah;
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Converse All Star!
Ya,bagaikan tidak percaya akhirnya saya memiliki sepasang kasut jenama Converse All Star yang sebelum ini saya langsung tidak berminat dengannya.
Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru seperti memakai kasut ini sementara umur masih muda. Jika kemudian hari apabila sudah berumur baru hendak memakainya, akan ada pula yang berkata 'buang tabiat'. :-)
Kasut berwarna biru adalah milik saya, manakala kelabu milik suami. |
Oleh itu saya merasakan tidak salah bergaya feminin atau keperempuanan dan digabungkan dengan kasut Converse All Star.
Baru ingin mencuba imej Camelia, tetapi saya lupa untuk memakai rantai labuh. :-) |
Bergaya dengan kasut baru. |
Sekian sahaja untuk kali ini, berjumpa di lain waktu.
I miss Pallas Jazz too :)
ReplyDeleteweeee~ cek dlu pun ade satu.. tpi yg jenama bum equipment.. selesa sgt pakai.. kasut mcm nie ley "ragaih". xyah rsau ape je keadaan.. hehehehehe..
ReplyDeletePallas Jazz not bad la,murah skit.
ReplyDeleteBum Equipment pun dulu famous lah :)
HEHEHHEH SANTAIIIIIIIII......
ReplyDeletemiss moooo
Miss Mooooo : Rox!!! :)
ReplyDeletehehe kelakar.. tp aku pun x minat kasut ni..emm selipar nipon aku suka! haha
ReplyDeleteNana : Memang tak bpe minat,tapi beli sepasang je cukuplah :)
ReplyDelete