Tuesday 7 December 2010

Tahniah Kusyi Hirdan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Bangun pagi tadi saya telah mendapat berita gembira dari Malaysia iaitu idola saya,Kusyi Hirdan telah mendapat Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-19 bagi kategori buku kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hadiah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertama kali saya bertemu dengan Kusyi Hirdan(sahabat suami saya) atau saya lebih selesa memanggil beliau Kak Kusyi adalah di Perth,Australia pada bulan Ogos tahun lalu dan ibu saya turut serta pada ketika itu.Di situlah baru saya mengetahui yang beliau seorang wartawan dan juga penulis novel.
Saya rasakan seperti sudah mengenali Kak Kusyi bertahun lamanya.Ini disebabkan beliau seorang yang peramah,kelakar dan yang lebih istimewa ialah kami berasal dari negeri yang sama.Kata orang 'sekampung' :-) .Malah perbualan antara saya,ibu dan Kak Kusyi begitu bersahaja kerana kami menggunakan bahasa negeri Perak :-)

Perth adalah destinasi pertemuan pertama saya dan Kak Kusyi
Satu bulan berikutnya,kami bertemu semula di majlis pernikahan dan persandingan saya yang di adakan di Ipoh Perak.
Kak Kusyi membantu dalam sesi fotografi di hari pernikahan
Menerima hadiah kejutan dari Kak Kusyi apabila artikel perkahwinan saya diterbitkan di keluaran Jelita Disember 2009

Walaupun pertemuan kami baru dua kali,namun persahabatan tetap terjalin sehingga ke hari ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti  telefon dan e-mel.
Seperti yang saya katakan di atas,saya mengaggap Kak Kusyi sebagai idola saya kerana selepas mengenali beliau,minat saya dalam bidang penulisan semakin tinggi tambahan pula dengan sedikit ruang yang pernah diberikan oleh beliau untuk saya menulis dan artikel tersebut telah disiarkan di dada akhbar.

Berjaya menghasilkan lebih 30 buah novel serta merangkul pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa,wanita yang cekal lagi tabah ini tetapi mengekalkan sifat ramah tamah dan merendah diri.Saya pasti faktor itulah kunci kepada kejayaan demi kejayaan yang beliau kecapi.

Siapa yang tidak bangga jika blog atau hasil karya penulisan kita mendapat perhatian dan menarik minat pembaca yang bergelar wartawan atau penulis yang disegani seperti Kak Kusyi?
Itulah yang saya rasai apabila Kak Kusyi sudi meluangkan sedikit masa beliau menjengah ke ruangan Terjemahan Hati dan pernah memberi kata kata perangsang kepada saya :-)

Doa dan harapan saya kepada Kak Kusyi ialah semoga beliau lebih berjaya di masa akan datang,sabar dan tabah dalam meneruskan kerjaya yang diceburi.InsyaAllah kita berjumpa lagi apabila saya pulang bercuti  :-)

Setakat ini dahulu coretan saya buat anda semua,sampai berjumpa lagi di ruangan Terjemahan Hati pada masa akan datang,sekian.

6 comments:

  1. CONGRATSSSS again Kak Kusyi :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Shery. Same goes here. Kak Kusyi dah anggap both of you as my adik :)

    Kusyi Hirdan
    www.jendelaku.com

    ReplyDelete
  3. wooo hoooo!!! tahniah kak kusyi.. :)

    ReplyDelete
  4. good for kak kusyi.

    good to see acu is writing very often. prolific ok! aku je yang konon2 nak menulis lagi banyak tapi sempat2 sebab banyak kerja. kena selalu2 blog hopping untuk cari semangat. kalau tidak nanti start doing masters menganga je kumpul lalat dalam mulut:)

    acik yan

    ReplyDelete
  5. Thank You Cik Yan.Apa kata cik yan tulis pasal shoib masuk mesin basuh..hehehhe ;)

    ReplyDelete