Saturday 11 December 2010

Ghost Tour

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Hari ini,genap satu minggu saya merasai pengalaman melawat beberapa kawasan yang dikatakan berhantu dan misteri di dalam bandaraya Melbourne.  ( "The Haunted Melbourne Ghost Tour" )
Cuaca pada hari Sabtu yang lepas adalah sangat baik dan membuatkan kami (saya,suami dan seorang lagi rakan) pergi ke The Haunted Bookshop yang terletak di alamat  15,Mc Killop Street,Melbourne untuk membuat bayaran Ghost Tour.
Bayaran yang dikenakan bagi setiap orang dewasa ialah 20dollar dan perlu di tiba di kedai buku itu pada jam 8.30malam.
Untuk maklumat tambahan,The Haunted Bookshop adalah kedai menjual buku-buku berunsur misteri,alam ghaib malah pengunjung juga boleh menilik nasib (www.haunted.com.au),manakala Ghost Tour di adakan setiap malam Sabtu.

The Haunted Bookshop dan The Haunted Melbourne Ghost Tour telah diasaskan oleh Drew Sinton, seorang bekas pengacara televisyen pada tahun 1997.Imej beliau agak sedikit pelik dan nampak seperti ahli sihir.Biarpun beliau sering di cemuh atau di persendakan dengan imej sedemikian serta Ghost Tour yang telah beliau anjurkan,namun beliau tidak pernah berputus asa malah perniagaan beliau telah memenangi pelbagai anugerah serta menjana pendapatan industri pelancongan.Ghost Tour tersebut juga telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri.
Daripada berpuluh gambar yang saya rakamkan,di sini saya kongsikan bersama anda hanya beberapa sahaja.Di harap anda juga terhibur atau mendapat sedikit informasi.

The Haunted Bookshop
Tiket sebagai bukti pembayaran
Muka pintu kedai buku
Dekorasi dalaman kedai dihias untuk nampak lagi menyeramkan.Dari anak tangga boleh di lihat replika tengkorak.
Menunggu di luar kedai sekitar jam 8.30malam
Memulakan perjalanan berjalan kaki bersama Drew Sinton
Misteri jelmaan bayang bayang hitam
Misteri nombor 13
Jabatan Perubatan Forensik adalah salah satu bangunan lama yang berhantu
Di Flagstaff Garden
Dinding batu asal tempat perkuburan
Bekas tapak tanah perkuburan
Yang menarik pada dua gambar terakhir ialah kawasan ini adalah bekas tanah perkuburan terbesar pelbagai kepercayaan agama beratus tahun yang lalu.Adakah anda dapat mengagak bangunan atau tempat apa yang kami lawati ini?
Sekarang tempat ini adalah tarikan pelancong yang sangat popular iaitu Queen Victoria Market.Pasar ini 'lahir' pada tahun 1878,oleh itu tentu anda sudah mendapat gambaran betapa lama usia asal tapak tanah perkuburan tersebut.

Dua jam perjalanan berjalan kaki yang berakhir hampir jam 11.30malam itu sedikit sebanyak memberi pengetahuan tambahan kepada pelancong serta penduduk tempatan seperti kami.
Jika anda datang melancong ke Australia khususnya ke Melbourne,jangan lupa menyertai Ghost Tour ini.



7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. MEL banyak hantu, PER pun banyak.
    Worth every penny, dapat tengok activity malam MEL City yang jarang kita tau disiang hari

    Seram pun ada but very educational.

    At the same time, Di Bank Place; Memang nampak pun "sesuatu" yang diceritakan tu.

    ReplyDelete
  3. Pilotz : Insan terpilih je yg nmpk :)

    ReplyDelete
  4. ishhh tak seram ke...berani awak berdua eh

    eh eh mr pilot nampak ape tu? story la skit.
    very adventurous la korang ni




    Insan Penakut

    ReplyDelete
  5. mr pilot...mel ad perth byk hantu eh..dah pernah nampak ke?



    Insan Penakut

    ReplyDelete
  6. Whoa tak takut ke you all pergi, tour guide tu pon pakai baju camtu seram seh.. macam zaman dulu2 punya outfit.

    ~ Kakak penakot dari Cranbourne ~

    ReplyDelete
  7. Kakak Penakot : Ntah la,tak rasa apa plak.mungkin sbb ramai org kot...'ketua rombongan' sengaja nak buat mcm ala2 hantu.. :)

    ReplyDelete