Friday 5 December 2014

Glenelg, Australia Selatan (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah sambungan dari bahagian 1. Jika anda ketinggalan sila ke; http://sharery.blogspot.com.au/2014/12/glenelg-australia-selatan.html

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bahagian 1 adalah daripada lawatan saya ke Glenelg yang terbaru (Oktober dan September 2013). Di bawah ini pula saya kumpulkan hanya beberapa sahaja koleksi gambar dari kunjungan saya ke Glenelg sekitar tahun 2010 hingga 2011 iaitu pada musim panas dan luruh.

Gambar atas : Sedang menunggu trem di pusat bandar Adelaide.

Gambar tengah : Pemandu trem wanita.

Gambar bawah : Laluan perkhidmatan trem dari bandar Adelaide ke Glenelg.


Sila klik entri bahagian 1 untuk mengetahui cara-cara hendak menaiki trem ini.

Tiba di Moseley Square,Glenelg. Sudah banyak kali saya dan suami datang ke Glenelg dengan menaiki kereta sendiri dan hanya dua kali sahaja kami pernah menaiki trem untuk ke  Glenelg dari pusat bandar Adelaide. 

Jetty Road.

Jetty Road yang sepanjang beberapa kilometer ini sangat terkenal di Glenelg dan ia bakal menjanjikan satu keseronokan kepada para pengunjung. Selain laluan utama trem dari Adelaide ke Glenelg, Jetty Road mempunyai banyak kedai, butik, pasaraya, restoran dan kafe, sama seperti logo-logo dalam gambar di atas.

Terdapat lebih dari 300 premis perniagaan yang terdapat di Jetty Road.

Selepas bersiar-siar di pantai Glenelg atau membeli belah, pengunjung boleh berehat sambil menikmati minuman di Jetty Road. Kafe Cibo dan Bracegirdles menjadi kegemaran saya dan suami.

Gambar atas kiri : Salah satu kedai kek di Jetty Road.

Gambar bawah kiri dan kanan : Tugu peringatan yang diberi nama Pioneer Memorial.

Pantai Glenelg.

Jika anda datang ke pantai Glenelg pada musim panas jangan terkejut pula apabila melihat ramai wanita yang berjemur dengan hanya memakai bikini sahaja.

Suka pula saya mengambil gambar kandid kanak-kanak dan remaja di pantai Glenelg.

Pelbagai gelagat pengunjung pada hari Sabtu musim panas di sini.

Pemandangan indah lewat petang di jeti.

Musim luruh yang mendung, sejuk dan pengunjung pun tidak seramai pada musim panas. (Gambar pada tahun 2011)

Musim panas bulan Disember 2011.

Gambar atas : Moseley Square terletak di antara Jetty Road dan Glenelg Jetty.

Gambar bawah : Bersama anak saudara yang datang  dari Malaysia.

Saya berharap dengan dua entri yang saya siarkan di sini sedikit sebanyak membantu anda atau dapat memberikan gambaran jelas mengenai Glenelg. Jika anda merancang bercuti ke Adelaide, luangkan sedikit masa untuk singgah ke Gelenlg.

No comments:

Post a Comment