Wednesday, 3 December 2014

Glenelg, Australia Selatan (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Glenelg merupakan kawasan perumahan yang terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar Adelaide.  Glenelg begitu terkenal dan menjadi tumpuan penduduk tempatan serta pelancong kerana pantai dan jetinya. Di samping itu terdapat banyak restoran, kafe, taman tema, tempat beriadah dan tempat penginapan sekaligus membuatkan Glenelg dibanjiri lebih pengunjung pada musim panas, cuti sekolah dan hujung minggu.

Setiap kali saya dan suami datang bercuti ke Adelaide, Glenelg pasti kami kunjungi dan setiap kali kedatangan kami ke sana juga, saya tidak pernah jemu untuk mengambil gambar di sini. Kesemua gambar di bawah saya rakamkan pada musim bunga (spring) Oktober 2013.


Gambar atas : Glenelg Jetty.

Gambar tengah : Pantai Glenelg.

Gambar bawah : Stamford Grand Adelaide Hotel.






Jeti terkenal di Glenelg.


Gambar bawah : Kemudahan mengecas kenderaan orang upaya turut terdapat di sini.

Antara beberapa kawasan perumahan mewah yang berdekatan dengan pantai Glenelg (Marina Pier).

Gambar atas kiri dan kanan : Selain apartmen, terdapat juga beberapa restoran mewah di Marina Pier.

Gambar bawah : Wigley Reserve - padang rekreasi.

Trem lama yang terletak bersebelahan dengan padang Wigley Reserve.

Gambar atas dan tengah : Restoran dalam kapal (Buffalo Family Restaurant) di Patawalonga Lake.

Glenelg Marina.

Gambar atas kiri : Dilarang bersukan atau bermain dengan bola keras kerana di kawasan sekitar pantai dikelilingi dengan perumahan.

Gambar atas kanan : Taman tema di Glenelg.

Gambar bawah kiri : Perpustakaan.

Gambar bawah kanan : Atlantic Tower Adelaide Motel - Pada kebiasaanya saya dan suami akan menginap di bandar Adelaide tetapi kunjungan kali ini kami mengubah angin dan menginap di hotel ini. Kami sangat berpuas hati kerana biliknya besar dan tingkap menghadap pantai Glenelg.

Moseley Square.

Kepada yang berminat untuk ke Glenelg, anda boleh lawati laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut ;
http://www.glenelgsa.com.au/gettingaround

Entri mengenai Glenelg akan bersambung dan saya akan kongsikan pula gambar-gambar pada musim panas (summer) dan luruh (autumn).


2 comments:

  1. Radin Fadli : Memang cantik pemandangan di sini. Tapi bagi saya, saya lebih suka pergi bukan musim panas sebab lebih aman dan tak sesak dengan orang ramai. Lagipun bukan kita nak berjemur mcm orang putih biasa buat :) .
    Tunggu next entri mengenai Glenelg ada gambar masa saya bawa my nephew datang sini. Your friend Acab :)

    ReplyDelete