Wednesday 10 December 2014

Great Ocean Road Pada Musim Panas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jika anda masih ingat pada bulan lalu saya telah menyiarkan entri mengenai Great Ocean Road yang saya kunjungi pada musim luruh tahun 2010.  Tidak banyak yang ingin saya ceritakan mengenai Great Ocean Road pada kali ini tetapi lebih kepada ingin berkongsi gambar dari kunjungan saya pada musim panas pula.

Sebagai penduduk di negeri Victoria, saya sudah biasa dengan cuaca yang mendung, berawan, dingin dan hujan tidak kira apa musim sekalipun. Jadi, apabila kunjungan saya Great Ocean Road pada hari tersebut ditemani dengan cuaca yang panas dan sedikit dingin serta langit membiru tanpa kepulan awan membuatkan saya rasa amat beruntung sekali. Ia saya anggap seperti fenomena yang jarang berlaku di negeri Victoria.


Gambar atas kiri : Bermalam di rumah kakak angkat saya di Geelong sebelum memulakan pemanduan ke Great Ocean Road.

Gambar bawah kiri dan kanan : Singgah di kedai peralatan meluncur yang terkenal di Torquay. Sekadar maklumat tambahan, Rip Curl, Billabong dan Quicksilver merupakan jenama asal dari Australia. Jenama Billabong berasal dari Gold Coast manakala dua lagi dari Torquay.




Jalan raya di Great Ocean Road adalah sempit dan hanya mempunyai dua lorong sahaja. Oleh kerana itulah papan tanda amaran banyak diletakkan di tepi jalan demi untuk memperingati pemandu khususnya pelancong asing supaya memandu pada arah dan had kelajuan yang betul.


Pintu gerbang tanda simbolik bermulanya Great Ocean Road.

Jika ingin memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar, pastikan anda berhenti ditempat yang telah disediakan.

Gambar atas : Cuaca yang baik membuatkan saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebanyak yang boleh.

Gambar bawah : Tiba di Twelve Apostles.

12 Apostles atau Twelve Apostles.

Tidak dinafikan dua gambar ini merupakan antara yang menjadi kegemaran saya. Faktor cuaca yang membuatkan saya amat berpuas hati dengan gambar yang diambil.



Untuk melihat gambar-gambar lain (kunjungan pada musim luruh tahun 2010), anda boleh ke entri seperti di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.com.au/2014/11/great-ocean-road-2010-bahagian-2.html

No comments:

Post a Comment