Saturday, 27 December 2014

Persaraan B767 Milik QANTAS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kapal terbang Boeing 767 telah menamatkan perkhidmatannya bersama QANTAS pada hari ini iaitu 27 Disember 2014. Dengan nombor pesawat khas istimewa QF767, ia berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne dan mendarat di Lapangan Terbang Sydney pada jam 7.05 malam (waktu tempatan).

Tujuan saya berkongsi cerita ini adalah kerana ia begitu istimewa untuk suami saya. Dua puluh dua tahun suami berada di dalam bidang penerbangan serta menerbangkan pelbagai jenis kapal terbang dan tujuh tahun pula bersama B767 iaitu berkhidmat dengan Ansett Australia, Ansett Worldwide Aviation Services (AWAS), Morgan Stanley dan QANTAS, ia memberikan nostalgia serta seribu satu kenangan buat beliau. Sepanjang tujuh tahun itu beliau telah menerbangkan B767 ke benua Eropah, Amerika, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Terlalu banyak gambar yang hendak dikongsikan tetapi saya hanya memilih beberapa sahaja untuk diletakkan di sini. Gambar-gambar di bawah merupakan koleksi semasa suami saya sedang bertugas serta ketika saya menaiki pesawat untuk penerbangan di Australia.


Kenangan suami saya bersama B767 milik QANTAS.

Di dalam kokpit dan kabin kelas perniagaan.

Bergambar di luar kapal terbang.

Suami saya sedang melihat pekerja yang sedang mengisi minyak.

Menaiki penerbangan pada sebelah malam bersama B767.

B767 pada waktu subuh di Lapangan Terbang Melbourne.

Semasa saya menunjukkan isyarat tangan perkataan LOVE ini, ia dilakukan secara spontan dan saya tidak tahu rupanya cara begini begitu popular. Sungguh tidak menyangka kerana saya tidak meniru idea sesiapa pun. Gambar ini dirakamkan pada bulan Jun 2010.

Gambar kiri : Bercuti bersama suami.

Gambar kanan : Ibu mertua saya yang kerap berulang alik antara Perth dan Singapura pernah menaiki B767 yang diterbangkan oleh anaknya sendiri.

Penerbangan dari Melbourne ke Perth.

Gambar atas : Pesawat sedang membuat penerbangan turun.

Gambar bawah : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth.

Kali terakhir saya dan suami terbang bersama B767 adalah pada tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Sydney ke Melbourne.

Pandangan terakhir sebagai tanda ucapan selamat tinggal daripada suami kepada B767 yang merupakan bekas 'pejabat' beliau.  Gambar ini saya rakamkan beberapa minggu lalu di Lapangan Terbang Melbourne.


Mungkin di masa akan datang kami berpeluang lagi untuk menaiki B767 tetapi semestinya ia dari syarikat penerbangan lain.

Selamat tinggal B767.

No comments:

Post a Comment