Monday 23 January 2012

Percutian Musim Panas 2011 (6- Kembara Merentas 3 Negeri )

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Masuk sahaja 1hb Disember secara rasminya musim panas kembali ke Australia.Bersamaan dengan tarikh ini juga,saya,suami dan anak saudara memulakan perjalanan merentas tiga buah negeri (Outback Road Trip) iaitu Australia Barat - Australia Selatan - Victoria.

Kembara merentas tiga buah negeri ini adalah kali ketiga buat suami,kali kedua buat saya dan sudah tentu pertama kali buat anak saudara.

Pengalaman dan gambar semasa kembara yang saya dan suami pernah lakukanya pada dua tahun lalu (2010) sudah diterbitkan di akhbar Harian Metro.Kepada yang belum atau ketinggalan membacanya,di sini saya serta 'link'nya :

http://sharery.blogspot.com/2010/11/berpindah-sambil-melancong.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day1.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day2.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day3.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-4-road-trip-day4.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-5-road-trip-day5.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-6road-trip-day6.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-7-road-trip-day7.html

Oleh kerana catatan perjalanan kembara ini sudah saya siarkan di dalam Terjemahan Hati pada tahun lalu,maka kali ini saya tidak menulis dengan panjang lebar kerana laluan perjalanan kami hampir 80% sama seperti sebelumnya.
Cuma di sini saya akan kongsikan bersama anda beberapa gambar kembara di jalanan kami yang mengambil masa selama tujuh hari untuk sampai ke destinasi terakhir iaitu Melbourne.

1/12/2011

Hari pertama/Perth - Kalgoorlie.


Bergambar di salah satu mercu tanda bandaraya Perth dan memberikan lambaian selamat tinggal.
Brookton Corrigin, Western Australia.

Kubur untuk anjing di Corrigin.
Tasik yang airnya berwarna hijau di Hyden Western Australia.
Batu berombak - Wave Rock, Hyden Western Australia.
*gambar di atas ihsan Ashraff Nor Ariff


2/12/2011

Hari Kedua/ Kalgoorlie - Mundrabilla


Kalgoorlie, Western Australia - Melawat lombong emas yang antara terbesar di dunia.
Norseman. Western Australia - Kami memerlukan masa dua hari lagi untuk sampai ke Adelaide.
Balladonia, Western Australia - Jalanraya terlurus terpanjang di Australia. Sejarah dan rekod peribadi kembali dicipta di sini.
Duduk bersila sambil menjamu selera di atas jalanraya terlurus terpanjang di Australia.Dalam erti kata lain,betapa sunyinya tempat yang tiada penempatan ini serta sukar untuk kami bertembung dengan kenderaan lain.
Apabila perjalanan ke selatan Australia sudah masuk suku perjalanan,maka waktu pun perlu dipercepatkan.
3/12/2011
Hari ketiga/ Mundrabilla - Ceduna (Australia Selatan).

Eucla, Western Australia - Tiba di sempadan Australia Barat dan Australia Selatan.
Eucla, Australia Barat - Sempadan antara dua buah negeri serta pusat kuarantin.
Aksi gembira setelah melepasi sempadan dan sekarang sudah berada di tanah Australia Selatan.
Berhenti rehat seketika. Nullabor Road House ini adalah antara tempat kegemaran saya kerana pemandangannya yang luas membiru sedap mata memandang.
Ceduna South Australia - Hari ketiga baru kami berjumpa semula dengan pekan kecil dan dapat menikmati makanan di restoran walaupun pilihannya amat terhad.
Jeti yang menarik tarikan pelancong di Ceduna South Australia.
Kembara di jalanan pada hari ke empat sehingga hari ke tujuh akan bersambung di keluaran akan datang.

No comments:

Post a Comment