Sunday, 7 August 2011

Kembara Di Jalanan Hari Pertama (Road Trip Day1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Seperti apa yang dijanjikan, saya kembali di Terjemahan Hati untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya dan suami mengembara merentas tiga buah negeri di Australia, bermula dari Australia Barat, Australia Selatan dan Victoria selama tujuh hari pada tahun lalu.

HARI PERTAMA
9 SEPTEMBER 2010 (PERTH - KALGOORLIE 627 kilometer )


- Memulakan perjalanan dari Perth pada jam 7.15 pagi dengan suhu 13 darjah selsius.

- Menggunakan Great Eastern Highway menuju ke Kalgoorlie.


- Great Eastern Highway/94 ialah jalanraya utama yang menghubungkan antara Perth dan Kalgoorlie.

- Pada jam 8.54 pagi, kami berhenti seketika di Northam, pekan kecil yang terletak kira-kira 97 kilometer utara timur dari Perth. Populasi penduduk di sini di anggarkan sekitar 6000 orang. Setiap tahun pada bulan Ogos acara sukan air yang diberi nama Avon Descent akan berlangsung di Northam.

- Acara seperti kayak contohnya akan bermula di Northam melalui Sungai Avon seterusnya Sungai Swan dan berakhir di Perth.



- Perhentian kedua kami pula ialah di Tammin pada jam 10.00 pagi. Di sini suami dapat mencuri sedikit waktu dengan bertemu dengan seorang rakan beliau iaitu Dennis atau nama Islamnya, Ali Abdullah.

-

-Tammin berkedudukan 184 kilometer timur dari Perth dan populasi penduduk di sini ialah seramai 450 orang.

- Satu jam kemudian,kami tiba di Merredin, 260 kilometer timur dari Perth. Boleh di katakan pekan ini mempunyai ramai penduduk, iaitu seramai 3630 orang. Ini adalah kali kedua saya datang ke Merredin dan kali pertama ialah pada tahun 2009. Untuk maklumat anda, di Merredin terdapat kolej penerbangan iaitu China Southern West Australian Flying College. Pada tahun 1999, rekod dunia telah dicipta apabila road train (trak panjang) seberat 603.38 tan, panjang 610.7 meter pernah melalui jalanraya di sini.

- Apabila waktu sudah mencecah ke tengah hari,dalam keadaan berpuasa dan sedikit mengantuk, kami melelapkan mata seketika di Southern Cross, 371 kilometer timur dari Perth. Walaupun jarak antara Southern Cross dengan Ceduna (sempadan Australia Selatan) masih jauh dan dianggarkan lebih kurang 1700 kilometer lagi untuk sampai di sana, tetapi poster kuarantin telah dilekatkan di sekitar Southern Cross termasuklah di dalam tandas awam.


- Ia adalah satu langkah yang baik untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak membawa masuk buah-buahan atau sayur-sayuran ke dalam negeri Australia Selatan.

- Sepanjang perjalanan ke Kalgoorlie, kenderaan kami kerap kali berselisih dengan kenderaan berat seperti lori dan trak panjang yang di panggil road train di Australia.

- Australia Barat ialah negeri utama yang menyumbang kepada ekonomi negara dari segi perlombongan emas, bijih besi dan lain lain. Oleh kerana itulah, mata pandangan tidak boleh lari dari melihat trak perlombongan gergasi di atas jalanraya di Australia Barat.


Selain itu, anda tidak akan jumpa road train sebegini di Malaysia atau negara Asia yang lain. Saiz road train yang di maksudkan amat besar dan panjangnya boleh mencapai sehingga hampir 700 meter.


- Australia sebuah negara yang sangat besar dan road train adalah pengangkutan utama untuk menghantar apa sahaja barang dari sesebuah kawasan ke satu kawasan yang lain.

- Perjalanan diteruskan pada jam 1.40 tengah hari dengan suhu 17 darjah selsius. Kami melalui beberapa perkampungan, pekan kecil seterusnya Coolgardie. Dari Coolgardie, saya sudah nampak beberapa papan tanda menunjukkan arah ke kawasan perlombongan dan akhirnya pada jam 4.09 petang, kami tiba di Kalgoorlie.
Kalgoorlie ialah bandar atau pusat perlombongan emas terbesar di Australia dengan populasi penduduk seramai 32,390 orang.
Selepas daftar masuk hotel, dan sementelah hari belum gelap, kami terus ke tempat tarikan pelancong iaitu The Super Pit. Dari anjung tinjau yang diberikan, pertama kali saya dapat melihat dengan mata kasar betapa besar dan dalamnya lombong emas yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Perkataan SELAMAT DATANG juga tertera di papan tanda ini.


- The Super Pit dianggarkan 3.6 kilometer panjang, 1.6 kilometer lebar dan 512 meter kedalaman. Ia dibuka setiap hari untuk pengunjung dari jam 6.00pagi hingga 7.00malam.

- Sebelum pulang ke hotel, kami bersiar-siar di bandar Kalgoorlie sambil melihat banyak bangunan lama yang retak dan rosak teruk akibat dari gegaran gempa bumi yang melanda pada penghujung tahun 2009.

Akan bersambung....

4 comments:

  1. Long awaited entry =) rindu this interstate roadtrip. Dah buat 2kali rasanye macam nak buat lagi =) I miss the outback.

    ReplyDelete
  2. Wargh, before this dalam FB terasa sedikit penerangan yang diberikan. Now dalam blog, all the details ada.

    Oh mai...tidak sabarnya untuk Yie pi ke sana kalo ada rezeki nantie. Roadtrip for the second round?
    What say you Acu n Uncle? hehehehe ;)

    ReplyDelete
  3. woaaaaahhhhhh!!!!! speechless cek..
    jauh perjalanan luas pandangan kan acu.. :)

    ReplyDelete
  4. Pilotz : U nak buat utk kali ketiga?! Are u sure!?? :P

    Acab N : Mmg details semua simpan lagi lg,coz masa road trip ni acu bawak diary okayyyy..ehhehe..
    Kalau ada rezeki,panjang umur igt nak buat lagi road trip ni utk kali ke dua,dan unclee utk kali ke tiga.masih byk tempat nk di explore,walaupun tempat yg sama,tapi sebelum ni masa tak mencukupi :)
    Anda mahue ikute? ;)

    Miss Eyntan : cekkkkkk..info ni ringkas dan padat.tapi kalau nk cerita lagi panjang dan gbr lebih byk,tgu acu buat hard copy bawak balik ipoh ok :)

    ReplyDelete