Tuesday, 30 August 2011

Salam Raya Dan Kemerdekaan

Assalamualaikum w.h.t, Salam Syawal dan Salam Kemerdekaan

Dahulu,ketika di bangku sekolah saya pasti tidak melepaskan peluang membaca dan melihat gambar serta ucapan Salam Aidilfitri Dari Perantauan yang disiarkan di dada akhbar tempatan (Malaysia) di sepanjang bulan Ramadhan.
Saya tidak pasti mengapa saya suka akan ruangan berkenaan,mungkin mahu melihat andai saya terjumpa sesiapa yang saya kenali,atau seronok melihat gambar pemandangan di luar negara yang indah dengan nama tempat yang sedap untuk disebut.

Zaman teknologi maklumat membawa seiring bersama Sampaikan Salam Aidilfitri ini.Beberapa tahun kebelakangan,ucapan tersebut boleh dihantar melalui internet sahaja.

Ya sekali lagi saya ulangi ,saya tidak pernah membayangkan satu hari nanti gambar saya pula akan disiarkan di dalam ruangan berkenaan.

Sudah dua tahun saya menyambut Aidilfitri di luar negara iaitu di bumi Kangaroo,Australia. Tahun lalu saya dapat menghantar gambar serta menyampaikan ucapan di Utusan Online dan begitu juga pada tahun ini.

2011
Sila klik di sini untuk melihat gambar dan ucapan dengan lebih jelas.
http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=863

Kami yang berada di Melbourne Victoria menyambut Aidilfitri pada 31hb Ogos 2011 yang bersamaan juga dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 tahun.
Gambar saya mengibarkan bendera Jalur Gemilang seperti di atas cukup membuatkan saya bangga menjadi rakyat Malaysia.


SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA :-)

9 comments:

  1. salam lebaran n salam kemederkaan Malaysia!

    KA

    ReplyDelete
  2. saya pon suka tengok ruangan Salam Aidilfitri Dari Perantauan ni.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin....mana gambar pakai baju raya hehehehe :)

    ReplyDelete
  4. erm.. selamat ari raye akak.. bile akak berpeluang beraya di malaysia pula?

    ReplyDelete
  5. Kak Nisa : Belum ada masa nak update blog and letak gbr raya.coz 2nd raya dah takde kat rumah.holiday selama 2mgu :)

    Cermin Hati Nisah Idham : Entah la,tak tahu bila.Panjang umur,murah rezeki InsyaAllah berpeluang jugak nnt :)

    ReplyDelete
  6. Not too late still =) Selamat Hari Raya semua =)

    ReplyDelete