Tuesday, 23 August 2011

Pengalaman Berpuasa Di Awan Biru Dan Perantauan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kurang satu minggu lagi kita akan menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam. Bagaimana dengan ibadah berpuasa anda?
Baru hari ini saya berpeluang mencoret sedikit mengenai pengalaman saya berpuasa.

Kemeriahan berpuasa di bulan Ramadhan lebih meriah semasa zaman kanak-kanak ketika saya membesar di Gunung Rapat, Ipoh Perak. Mengimbau kenangan dahulu, bertapa seronoknya bersahur dan berbuka puasa bersama kedua ibu bapa dan kesemua sepuluh adik beradik. Dua minggu sebelum tibanya Syawal, saya, abang dan kakak bersama-sama memacakkan kayu untuk lampu panjut/pelita. Manakala selepas berbuka puasa, kami bergilir-gilir mengisi lampu minyak tanah ke dalam bekas sebelum lampu panjut dinyalakan.
Semasa bersahur, kami pasti akan mengintai keluar rumah melihat lampu panjut yang masih lagi bernyala walaupun sudah hampir ke waktu subuh.

Ketika di bangku sekolah, saya langsung tidak pernah terfikir atau berangan-angan untuk mengalami pengalaman berpuasa di luar negara kerana saya tidak pernah bercita-cita untuk bekerja sebagai pramugari.

Bermula dari tahun 2004 sehingga tahun 2009, saya sudah banyak kali merasai pengalaman bersahur,berpuasa dan berbuka di luar negara dengan pelbagai musim seperti musim panas dan sejuk malah saya pernah bertugas dan berpuasa di dalam pesawat selama 18 jam. Saya tidak pernah memaksa diri untuk berpuasa penuh andainya keadaan tidak mengizinkan, tetapi syukur Alhamdulilah saya tidak pernah jatuh sakit ketika berpuasa semasa bertugas.

Semasa bertugas dan berada di luar negara,saya tidak membataskan pergerakan dan aktiviti seharian. Saya dan rakan-rakan tetap akan bersiar-siar sebagai pelancong dan membeli belah.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa berada Dubai. Pada bulan Ramadhan, kedai-kedai dan pusat membeli belah dibuka untuk urusniaga hanya selepas waktu berbuka puasa dan berakhir sehingga awal pagi dan sebelum subuh.
Sungguh unik bukan?


Ini adalah gambar saya ketika berada di Naif Souq Dubai, dan jika tidak salah ketika ini jam sudah menunjukkan lewat tengah malam sekitar jam satu atau dua pagi waktu tempatan.

Tidak pernah terlintas untuk berpuasa di rantau orang semasa bertugas di awan biru, kini sekali lagi saya mengungkapkan sepotong ayat yang sama,saya tidak pernah terlintas untuk menjalani ibadah berpuasa di Australia dengan memegang taraf penduduk tetap.

Ini adalah tahun kedua saya berpuasa di Australia. Pada tahun 2010, saya merasai pengalaman berpuasa di Perth, manakala tahun ini di Melbourne.
Tahun lalu Ramadhan tidaklah ceria bagi saya dan suami kerana keadaaan kesihatan kami tidak memuaskan dan sibuk dengan urusan untuk berpindah tetapi saya gembira kerana berpeluang berbuka puasa bersama kakak angkat, Kak Faizah Robson dan Hazlina Halim, sahabat suami yang juga selebriti dan pembaca berita serta pengacara di Singapura.


 Tidak lupa juga Fandi dan Ismarina, sahabat saya dari Penerbangan Malaysia (MAS).


 

4 comments:

  1. Yeah, mesti rasa lain kan bila berpuasa dinegara orang. Usahkan kat negeri orang, zaman sekarang nak tengok rumah pasang pelita pun jarang sekali kat negara kita.

    ReplyDelete
  2. Acab N : Memang lain,malah kami di sini lebih bersederhana kalau hendak dibandingkan di negara kita yg sudah byk pembeziran dikala bulan puasa.bulan puasa di tempat kita sudah terlalu dikomersialkan.
    lampu panjut sememangnya ada sentimental value tau :)

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang minta maaf di hari raya tu
    macam takde makna already. Ramai use it
    as a celebratory statement je. Takde sincerity
    in it langsung which is really sad =(

    ReplyDelete