Tuesday, 23 August 2011

Berpuasa Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di Terjemahan Hati.

Berpuasa di Melbourne pada tahun ini begitu berbeza dengan tahun lalu ketika di Perth.

Tahun lalu saya dapat menyambut 1Ramadhan pertama setelah bergelar isteri bersama suami dan menyediakan hidangan sahur serta berbuka untuk beliau,malah hampir satu bulan suami tidak berkerja kerana mengambil cuti sakit dan cuti untuk berpindah.

Pada tahun ini,1 Ramadhan disambut seorang diri dan sepanjang bulan ini,saya hanya dapat bersahur dan berbuka puasa bersama suami hanya tujuh hari sahaja.Saya tidak pernah sedih akan keadaan ini kerana saya sudah biasa berjauhan dan memahami kerja beliau.

Biasanya ketika bulan puasa,tekak seperti ingin merasa pelbagai jenis makanan dan minat saya pula lebih kepada kuih-muih tradisional.
Ini adalah kuih kasturi hasil air tangan saya.Tinggal lima biji sebelum kehabisan baru saya teringat untuk mengambil gambar. :-)

Semasa suami bercuti selama tujuh hari dua minggu lepas,barulah saya berpeluang berbuka puasa di luar.Chilli Padi Mamak Kopitiam menjadi pilihan kami berdua.Layanan mesra dari kakitangan bawah sehingga ke pengurus besar membuatkan kami sentiasa menjadi pelanggan tetap di sini.Pada bulan Ramadhan,kami dikejutkan dengan layanan istimewa apabila dijamu buah kurma dan air bandung selasih yang diberi secara percuma.
Bukan setakat itu sahaja,pihak pengurusan juga telah menyediakan ruang untuk pelanggan menunaikan solat di dalam restoran.
Ruang untuk menunaikan solat ditutup dengan penghadang dan anda dapat melihatnya seperti di dalam gambar di atas.
Apa yang membuatkan saya 'tabik spring' ialah pengurus yang bukan berbangsa Melayu mampu dan berfikir jauh demi menjaga sensitiviti dan menarik lebih ramai pelanggan beragama Islam untuk datang ke sini.

Suami ada memberitahu rakan beliau dari Perth sedang bercuti di Melbourne.Beliau memang ingin berjumpa kerana sudah beberapa tahun tidak bertemu dengan Ika Simanjuntak.Hanya beberapa jam sebelum hari beliau berangkat pulang barulah kami dapat bertemu.Walaupun pertemuan ini singkat,namun kami masih sempat mengambil gambar bersama Ika dan anak comelnya,Oliver Nabil Ecclestone.

Hujung minggu kami juga padat dengan jemputan berbuka puasa di rumah keluarga angkat kami dan hari berikutnya berbuka bersama sahabat bujang kami iaitu Maya dan Khairi.Kami berempat pertama kali mencuba kedai makan baru iaitu Miah's Sambalicious.
Kami mencuba pelbagai jenis makanan,malangnya tidak ada satu pun yang menarik perhatian.

Miahs's Sambalicious beralamat di 662 Blackburn Road, Shop 1 Clayton



8 comments:

  1. Sudah dapat taraf penduduk tetap sana yer.....tahniah. Selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin. Akak akan balik ipoh ahad ni. Apa id ym awak ekkkkk....mcm dah takde jer dalam list akak :((

    ReplyDelete
  2. Kak Nisa:Selama/since sy tinggal sini pun taraf sy pun PR gak,cuma genap 2tahun baru sah rasminya :)
    Ok nnt sy email akak ye.

    ReplyDelete
  3. Ape-ape saja kedai yang ada nama kopitiam, gerenti akan rasa macam kat malaysia. Memang dasat bila tengok orang yang non-malays sanggup sedia every kemudahaan untuk muslim makan kat situ. Terharuu~

    ReplyDelete
  4. Acab N : memang betul apa saje kopitiam mmg terbaik tambahan plak halal.Mmg terharu tau,esp bila dok oversea boleh nmpk "1malaysia".Kat msia sendiri sebenarnya susah nk capai 1malaysia.haihhhh :(

    ReplyDelete
  5. Orang kita if buat biz, asyik fikir nak cepat kaya je.
    They tak fikir customers at all. Sedih & malu bangsa
    lain lebih prihatin towards us.

    If nak cakap 1 Malaysia or similar campaign in Singapore,
    memang takkan menjadi in Asia. Asians back home aren't
    ready for such integrations. Racism teruk lagi di negara
    sendiri than here. Least here everyone's protect by law
    against racism. Back home lagi obvious sangat orang tak
    suka sesama yang lain.

    In short orang Asians lebih racist dari Caucasians.

    ReplyDelete
  6. kuih di atas nampak sedappppp...... :')

    ReplyDelete
  7. Byte : sedap la jgak.hahaha..masuk bakul angkat sendiri ;)

    ReplyDelete