Friday 26 August 2011

Persediaan Menjelang Syawal

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tahun ini saya telah mencipta dua 'rekod peribadi'.:-)

Yang pertama,saya baru selesai membuat lima jenis biskut raya.Seingat saya kali terakhir saya membuat biskut raya ialah ketika di bangku sekolah itupun tidak sebanyak kali ini.Niat di hati saya mahu membuat dua jenis lagi,tetapi apabila difikirkan semula siapalah yang boleh menghabiskan kesemuanya kerana saya tidak akan membuat rumah terbuka dan ianya dibuat untuk kudapan sendiri.

Lima jenis biskut ini ialah biskut koko,cornflakes ceri,cornflakes kismis,biskut nestum,semperit dan biskut bakar yang saya beli tempoh hari.

Kedua,semasa penyediaan membuat biskut raya,saya ditemani dengan alunan lagu-lagu raya yang saya dengari di Sinar dan Hot FM.Saya mempunyai kekuatan yang berbeza berbanding tahun lalu kerana tahun lalu saya mengelak untuk mendengarnya akibat menanggung 'homesick'(rindu kampung halaman) yang sangat teruk.Kini semangat saya sudah kuat. :-)

6 comments:

  1. Congrats on the achievements =)
    Syukur dah strong enough after nearly 2 yrs.
    Not long to go =)

    Woahhhhh balik ada lotsa kuih =)

    I Folllllllllowwwww!

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaaaaa!!! nampak cedap nyeeeeeee... mesti cedap nyummm yummmm :'9

    ReplyDelete
  3. Byte : Cik B : dah rasa,boleh tahan la.hehehe..yg choc cookies fav tu :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh byk kuih tu...kita tak byk buat kuih this yr


    KA

    ReplyDelete
  5. KA : Tak plan pun nk buat byk,tiba2 je rasa nak buat.Itu pun igt nk buat lagi,tp fikir balik,tak pyh la. :)

    ReplyDelete