Sunday 20 May 2012

Chicago, ILLINOIS (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Destinasi seterusnya ialah CHICAGO!!

Chicago ialah bandar yang terbesar di dalam negeri Illinois dan penduduknya hampir mencecah seramai 3juta orang.
Semasa di awal usia remaja,saya pernah memakai topi Chicago Bulls (pasukan bola keranjang profesional). Bagaikan tidak percaya saya telah sampai ke "rumah" pasukan Chicago Bulls ini. :-)

Tiba di Chicago dari Peoria agak lewat petang
Apabila masuk sahaja ke dalam bandaraya ketiga terbesar di Amerika Syarikat ini, (selepas New York dan Los Angeles),kami menuju terus ke restoran untuk makan malam.
Devon Avenue terletak di timur-barat dari metropolitan Chicago yang majoriti penduduk di situ ialah rakyat dari negara asing yang berhijrah menjadi penduduk tetap.Antaranya ialah mereka yang berasal dari India,Pakistan,Rusia,Bangladesh dan lain lain lagi.Oleh sebab itu di Devon Avanue cukup senang untuk mencari makanan-makanan halal seperti restoran termasuk KFC dan daging halal.

Salah satu kedai menjual daging halal
Restoran yang bercirikan makanan dari negara China tetapi pemiliknya India Muslim
Sup pembuka selera, Sup Jagung Ayam,Sup Pedas Masam,Ayam Szechuan dan Daging Cili Kering.Kesemua hidangan sangat murah dah mustahil untuk dapat harga sebegini di Australia

Perjalan udara dan darat hari ini sudah mengambil masa lebih dari 24 jam.Selepas makan malam terus kami ke hotel untuk berehat sepuas-puasnya.

Courtyard Marriot
Keesokan Harinya
 Hotel penginapan kami terletak betul-betul di tengah jantung bandaraya Chicago,oleh itu kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana.Amerika Syarikat sudah memasuki musim bunga.Ada sesetengah negeri,penduduk tempatan sudah boleh berpakaian nipis tetapi tidak bagi Chicago yang digelar The Windy City ini.Mujurlah saya sudah membuat persiapan rapi dari segi pakaian untuk dipakai di sini.

The Magnificent Mile
The magnificent Mile ialah satu kawasan dan aliran jalanraya yang panjang merangkumi pusat membeli belah,ratusan tapak perniagaan seperti butik berjenama mewah,lebih dari 50 buah hotel,lebih dari 250buah restoran,firma antarabangsa,ibu pejabat suratkhabar Chicago Tribune, dan stesen radio.The Magnificent Mile dapat dilihat seperti gambar-gambar di bawah.


Berjalan-jalan di dalam bandaraya Chicago.Gambar paling kiri - Di belakang saya (bangunan yang paling tinggi) merupakan bangunan TRUMP INTERNATIONAL HOTEL &TOWER yang pemiliknya ialah Donald Trump
Makan tengah hari di restoran Timur Tengah bersama Kak Maria, kenalan suami yang sudah lama menetap di Chicago
Gambar paling kanan : Jambatan ini akan dibuka(terbelah tengah) dan jalaraya di situ akan ditutup sekiranya kapal-kapal besar ingin melaluinya
Di sepanjang The Magnificent Mile
Millennium Park
Taman yang dikhaskan untuk orang awam ini dibina bertujuan untuk menyambut alaf baru (tahun 2000).Di sini terdapat pusat seni dan teater,astaka atau lapangan yang besar,air pancut,taman bunga dan macam-macam lagi.

Millennium Park yang sering menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan
The Millennium Monument in Wrigley Square
Cloud Gate
Cloud Gate ialah sebuah arca seni yang direka oleh Anish Kapoor.
Nama samaran lain bagi Cloud Gate ialah The Bean,kerana ia menyerupai seperti kacang.

Cloud Gate ialah tempat yang wajib dilawati jika datang ke Chicago

Akan bersambung...... :-)

4 comments:

  1. huyooo juling bijik mata nengok gambo2 banyak beno...elok le menyongket time muda, dah veteran rupa akak ni susah, sakit lutut le, lenguh le.. hehe aje nya payah..

    ReplyDelete
  2. sazsaz : jgn le sampei juling,hehe..Rezeki jgn ditolak.Ate,mike tu bukan le veteran lagi.Awak ni pun kdg2 sakit,lenguh kaki jugak.
    oh ,i think cik yan belum tgk post hari sabtu dan ahad :)

    ReplyDelete
  3. ate, tak dan le nak nengok dan baca semua nya... agak sibuk skrg ni dgn bebudak periksa tengah tahun, dgn budak2 sini tgh exam week, dgn aku pergi kelas sabtu kat uia, dgn mengajo askar2, and last week pergi kelas mengurut... yes, now i am a certified massager. mari mari sapa nak urut heheh.

    ReplyDelete